Saturday, September 10, 2011

Wahai kaum lelaki, dengar ni.....

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, September 10, 2011
Dalam khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w, baginda ada mengatakan bahawa 

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina".

Lihat betapa baginda menghargai seorang perempuan. Cuba contohi akhlak baginda, penyayang, lemah-lembut. Ni tak, pasal kahwin empat je baru nak ikut baginda. Kita kena ingat, Rasulullah berkahwin ramai bukan untuk nafsu semata-mata. Lelaki zaman sekarang ni je yang ikutkan nafsu.

Besar tau pengorbanan seorang isteri ni. Dia la yang melahirkan anak (bertarung nyawa), menjaga rumah, menjaga maruah suami dan keluarga, menguruskan rumah tangga. Setiap hari, si isteri setia menunggu suaminya pulang dari kerja. Masak untuk suami, gosokkan baju suami, buat la apa-apa yang menyenangkan suami supaya si suami tak terasa hidup bujang lagi. Tapi bayangkan kalau satu hari tetiba kantoi si suami ada hubungan (skandal) dengan perempuan lain. Tau tak sakit? Memang la aku belum kahwin, so aku tak dapat rasa apa yang mereka rasa. Tapi aku dapat bayangkan apa yang mereka rasa. Hai lelaki, saya tahu awak ada 4 kuota, tapi sekurang-kurangnya tolong la jaga hati isteri, perempuan yang dah bersedia untuk hidup bersama awak, menjaga makan minum awak. Please?

Ada tu sampai dah nikah senyap-senyap, dah ada anak dengan isteri kedua, tapi isteri pertama tak tahu pape. Memang la tu dah mengelakkan zina, tapi tahu tak yang awak tu dah menipu? Dan menipu tu tak dosa eh? Huh.




p/s: kadang-kadang tu rasa takut nk kahwin sebab hal-hal macam ni la.

0 orang berkata-kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review