Saturday, January 1, 2011

al-kuliyah 31.12.10

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, January 01, 2011
Assalamualaikum....



Kenal tak siapa ni? Ni la ustaz Sharhan Shafie... semalam aku tengok al-kuliyah, ustaz Sharhan jadi tetamu jemputan. Selama ni aku dengar nama je, rupa2 nya ni la ustaz Sharhan, baru la nak kenal muka ni ,hehe... 
Pelik ke aku tengok al-kuliyah? weh jangan pelik tau... ye aku memang suka tengok program2 macam ni, macam Tanya Ustaz, Semanis Kurma.... ye aku suka cakap2 pasal agama sebenarnya, tapi bukan di khalayak umum, means aku tak berani bagi pendapat aku pada umum. Nak tahu kenapa? sebab aku ni jenis susah nak ingat... ada sesetengah perkara je aku senang nak ingat (Sebab tu aku tak suka sejarah =)).. Kalau aku bagi pendapat, takut salah cakap plak. 

Ok dah, berbalik kepada topik asal, al-kuliyah semalam cerita pasal saka or something like that dan cara merawat mengikut islam. Ustaz ni rawat orang live kot semalam. memang dalam studio tu gak dia rawat. Tak silap aku nama rawatan tu 'Ruqyah' (betul kot aku eja ni).. Wah selama ni tengok dalam cerita indon je pasal ruqyah ni, cerita setiap hari jumaat kul 3.30 ptg tu...'Naluri'. Then semalam dapat tengok live punya, memang real ah.. Masa ustaz tu bacakan ruqyah, tetiba ada salah seorang penonton pun terjerit2 sama, dia kerasukan! Kecoh jap la studio tu... tapi nasib baik ada perawat lain dalam tu, so mereka settlekan penonton yang kena tu. Aku yang tengah masak cekodok kentang berlari2 gak la ulang alik ke dapur, kang hangus plak cekodok aku tu, hahaha...

Lepas iklan, tengok pesakit dah bertukar orang plak. Ustaz tu still bacakan ruqyah, marah pesakit tu.. Sekali dia wat gaya ala-ala harimau tu. Bak kata ustaz Sharhan, jin akan menyerupai sesuatu yang menakutkan manusia, contohnya harimau. Pastu dia tanya, nak keluar tak? Pesakit tu cakap tak nak, halus je suara dia, cam suara perempuan. Pastu ustaz cakap lagi, kenapa buat suara halus plak? Nak keluar tak? Tetiba pesakit tu jawab, TAKNAK! Ha ambik kau, kasar terus suara, garang kot. Macam pondan yang bila marah terkeluar la suara jantannya, hahaha....Tapi ustaz Sharhan steady je, yela dah biasa kan.

Masa ustaz tu tengah rawat pesakit, aku boleh dengar perawat lain pun tengah rawat pesakit yang lain, means luar kamera. Dengar bunyi dia tepuk2 belakang, bersoal jawab dengan pesakit. Mesti penonton yang lain dalam tu cuak kan. Sampai al-kuliyah habis, ustaz Sharhan still tengah rawat pesakit tu. so aku tak dapat tengok kesudahan sesi merawat tu... sedikit kecewa =(

7 orang berkata-kata:

Anonymous said...

ustaz ni byk tipu customer dekat kedai dia kat cheras. so whether dlm prog ni btul atau x... ssh nk pcy. try google k? dah ramai org komplen. :)

sephia sophia said...

owh yeke? first time dgr ni... ok nanti try google :)

Anonymous said...

Yea betul.ustaz ni merawat semata2 utk wang.rawatan tidak seperti yg ditonton di tv.tepuk2 & bil disuruh bayar di kaunter at least RM160.00 hanya utk 2 botol 1.5 mineral water&4 botol kecil air.doa saya yg dizalimi & ditipu celaka la hidup org yg mengaku ustaz ini.promo tak sehebat rawatan yg diharapkan

sephia sophia said...

mm..search internet pn, ramai yg cakap macam tu. taktau la, waallahualam..mudah-mudahan semua jadi lebih baik.

Anonymous said...

Bukanla bermaksud ustaz ney PENIPU tapi cuba bayangkan satu botol air dikenakan rm10..daftar nama shja rm10..bayangkan ambik air shja da 3 botol rm30+ cah berubat rm50. +daftr rm10..subhanallah bukan nk pertikaikan duit untuk sembuh..tp sy kesian sgt dgn org2 tua yg dtg time yu pakcik makcik sebaya mak ayah sy terkejot di caj rm100 sbb kena beli kopi ape nth rm10..hanya dibacakan ayat rukyah xsmpai 5 minit beramai2 di atas sejadah..
Mengikut kakak sy da lama berubat xpnah dye pergi berubat dgn keadaan mcm ney..sbb lain org lain penyakit then bila tnya ada x ayat untuk hilaangkan penykit2 tertentu hnya dijawab baca shja al-fatihah..
Cuba bygkan apa tanggapan org yg xckup kuat mendalami islam dgn perkara ini..tuan puan mesti ckp tipu!isnt it?
Masyaallah dgn hanya sebotol air diminta untuk bacakan ayat untuk masuk exam rm70..kalaw org yg mmpu macam kita boleh byr tp nenek yg uzur sakit belakang kita xkesian ke..tolongla jgn ambil kesempatan dengan kepercayaan nama ustaz tu..bekerja dgn jujur insyaallah diberkati..wallahualam..saya hanya menyampaikan isi hati..berubat lah dengan org yg betul..nak sembuh makan masa..bukan rukyah beramai2 5 minit shja..

arago l said...

Assalam. Saya ada belajar juga ilmu ruqyah ni. Dan dalam ilmu ruqyah, surah Al fatihah adalah ayat seribu guna. Maksudnya, cukup dengan mengamalkan al fatihah saja dapat menyembuhkan seribu penyakit. Dengan syarat, kita perlu yakin yang Ayat2 Allah adalah penyembuh. Ada dalil menyebutkan Al quran ni penyembuh kepada semua jenis penyakit kecuali mati. Kita ni x baik nk menyatakan seorang tu penipu ke tak. Biar Allah yang balas apa yang dia buat kat dunia ni. Siapa kita yang nak menghukum org tu jahat ke baik. Mohon ubah persepsi. Rasulullah pun ajar kita untuk husn zon. Wallahu'alam.

siti zubaidah said...

Salam,saya pernah pergi ke pusat rawatan ustaz dan dikenakan bayaran agak mahal tapi tak kisah lah sebab saya tahu wang tu digunakan utk biayi kos maintenance klinik yg selesa dan cantik.Rawatan yg diberi memuaskan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review