Saturday, April 27, 2013

apa yang best sangat dengan SMS ni ntah

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, April 27, 2013


Straight to the point.. aku sebenarnya jenis tak suka tertunggu-tunggu mesej dari orang. Kalau busy, cakap busy, kan senang. Kalau ngantuk, cakap ngantuk. Kalau tak boleh reply mesej masa tu, bagitau. Tak la orang tertunggu-tunggu.

Ingat lagi, masa aku dengan ex pakwe aku dulu, selalu je gaduh sebab benda alah ni. Aku tau benda ni simple je. Tapi aku tetap tak suka. Setiap kali mesej, suka ati dia je nak tidur ke apa time tengah mesej. Kadang-kadang ada benda yang kita tengah excited nak bercerita, tetiba takde respon. Serupa macam kau bercakap dengan seseorang, then orang tu buat dunno je..ha macam tu la aku rasa. Selalu je aku cakap, kalau dah ngantuk bagitau. Kita boleh stop mesej, then pegi tidur. At least takde la aku tertunggu-tunggu mesej dia bila tertidur..

Kalau aku tengah mesej-mesej pun, tetiba ngantuk. Aku bagitau la dah ngantuk, pastu stop mesej, wish nite, tidur. Kan senang. Kalau taknak stop mesej, ha mesej je la sampai dua-dua tertidur. Tapi at least dah tau dia dah ngantuk, kita pun dah ngantuk, takde la nak cerita excited sangat. So kalau tertidur pun tak terasa sangat diabaikan. Aku pun pernah je tertidur masa tengah mesej2.. tapi aku dah bagitau kot yang aku ngantuk. Tapi takpe, kata dah malam, mesti la ngantuk tertidur-tidur kan. Takpe aku terima.

Ha ni, kalau tengah busy pun, bagitau je la.. apa yang susah sangat. Kalau aku memang aku cakap je terus tengah ada keja, nanti mesej. Ni kang kalau tengah mesej2, kita ingat dia tengah free. Kita pun excited la nak bercerita...cerita panjang2, send, pastu tunggu reply. Tunggu punya tunggu, last2 dapat reply, "Hehe..". Itu je? Mm memang aku takkan reply la lepas tu. Bukan dia dengar pun apa kita cakap, bukan baca pun apa kita tulis. Pegi la selesaikan keja tu dulu.

Lagipun aku bukan jenis nak mesej je...tak tau nak borak apa. Kalau ada orang mesej, baru aku reply. Tu pun kalau ada hal. Kalau nak borak kosong je, aku tak pandai la. Kecuali kalau ada cerita yang nak dikongsi dengan kawan-kawan, baru la aku tut tit tut tit kat phone. Sebab tu kalau time aku tengah excited nak bercerita dalam mesej, tetiba takde respon, mm memang takkan cerita dah lepas tu.



p/s: kalau dah kahwin senang..tak payah mesej-mesej. aku pun tak suka benda2 alah buang masa ni.

4 orang berkata-kata:

Rara Nasiha said...

Suka sangat bermesej tapi menyampah dengan orang yang taip 'k' je dengan 'huhu'. Tak tau kenapa. hehehee

sephia sophia said...

@Rara Nasiha, kalo taip k je tu namanya membazir kredit hihi...

TiranaAduka said...

jarang2 msg.ta call je.

TiranaAduka said...

jarang2 msg.ta call je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review