Tuesday, June 21, 2011

Kerja???

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, June 21, 2011
Kerja, bermacam kerja
Ada kerja susah, kerja senang, kerja buruh, kerja goyang kaki

Semua orang bekerja untuk mencari rezeki, mencari duit nak menampung hidup. Macam tu gak dengan aku (walaupun aku seorang student lagi). Sekarang aku tak mula kerja lagi la, sebab ada perkara lain yang aku nak settle kan dulu, hehe... Tapi nanti tak tahu nak kerja apa. Hari tu dah dapat kerja kat kedai henset, tapi masalahnya pemiliknya berbangsa Cina.. Paham2 je la, bak kata orang2 lain kerja kat tempat macam tu susah nak solat nanti. Kerja dari pagi sampai malam plak tu..maknanya 4 waktu aku kat tempat kerja, tak termasuk subuh je. Bukan saja solat, tapi nanti habis la terbuang masa2 aku untuk bersama family nanti, huhuhu.... Lama kot pagi sampai malam. Tu la susahnya jadi aku.. Bila dah ada peluang dekat dengan family, cam susah je nak lepaskan peluang tu. Pada aku, duit tu memang penting, lagi2 dalam dunia zaman sekarang. Tapi hubungan kekeluargaan tu jauh lebih penting. Sebab tu la aku bercita2 tak nak kahwin dengan doktor ke, businessman ke atau apa2 je la kerja yang 'on call'... Kalau boleh la, taknak. Tapi kalau dah rezeki, dah jodoh aku terima je dengan senang hati, tapi kena banyak bersabar la kan  =)

Apa? Ingat kalau tak dapat doktor, tak dapat businessman, tak dapat engineer, tak boleh hidup senang ke? Rezeki tu mana2 pun ada kalau berusaha... Kalau tak, takkan la ayah aku yang hanya bekerja biasa, tapi dapat membesarkan anak2 seramai 8 orang. Alhamdulillah, cukup makan minum pakaian kami adik beradik.. aku simpan dalam kepala kata2 mak aku, "menjaga hubungan kekeluargaan adalah penting untuk mendapat keluarga yang bahagia, di samping menunaikan perintah Allah".

Tipu la kalau cakap aku taknak hidup senang..aku pun nak, semua orang nak. Tapi kadang2 takut kalau hidup senang tu boleh buat kita lupa siapa pemberi rezeki, yang Maha Pemurah, sampai kita lupa kesusahan orang lain.



p/s: kadang2 aku pun cakap mengarut gak, main tulis je....... aish.. baca je la, layan je la. Kalau salah, nak tegur leh, taknak tegur pun leh.





5 orang berkata-kata:

Amir => said...

bertuahnyer sape dapat jadik suami ko hehe..

Cik Ainol a.k.a Tenol said...

Cap0ot.. pakai shoutbox la kt blog ko..sng nak komen n tinggal jejak :)

sephia sophia said...

amir: bertuah la gak sape dpt jd isteri ko =p

tenol: hehe baik la cik tenol... nanti2 bile aku rajin. sbb aku tulis blog pn tuk suke2 je...

hanabanana said...

aku keje kedai cine tp boleh klua smyang :)

aku keje office hour so aku ade mase tuk family jgk! hehehe

sephia sophia said...

2 la bestnye dpt keja cm ko nana... kt tmpt aku tggl keja yg balek mlm je =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review