Seperti yang saya kata dalam entry before ni, kami terlibat dengan blueprint competition. Lebih kurang cam subjek bisnes la, nak tubuh syarikat baru. Tapi disebabkan kami ni budak engine, so promote barang engine la kan.. takkan nak buat pizza pulak?
Penat memang penat, pressure memang pressure.. nak pikir test lagi. Tapi kami enjoy! Lecturer tu pun sporting je. Jom layan beberapa gambar.
Saguhati: "Wakey-wakey".. tuk driver yang mengantuk masa bawak keta. Bila tersengguk je, akan ada vibration so automatik kejutkan driver tu.
First: Lebih kurang keta perang kot.. ada kamera, ada senapang paintball. Berat rupenye senapang tu...
Third: Smart Dadih Machine. Buat dadih auto la..
Saguhati: Climb Rock. Untuk safety jugak..
Projek kami pun saguhati jugak =) "Intrusion Alarm System". Projek biasa je, tak gempak cam orang lain.
Ada group yang present petang.. so takde dalam gambar ni. Yang si baju purple gambar first td.
Saya tengah tunjuk demo, hehe! =)
Yeah!
Style tak gambar ni? hehe
Say 'A' for this subject!
Sebenarnya ada 10 group, 5 dari kelas kami. Group lain sume present hari lain..masa kitorang test tu. So takde gambar. Disebabkan siang hari Rabu tu dah penat satu hari, so saya start study malam tu tok test besoknye. Stay up la engkau sampai subuh.. nasib baik ada kawan. Kalau tak memang tak mampu, konfem tido.. Sebab saya tak biasa tido lambat kalau ada exam. Mesti tido awal malam tu, paling lambat kul 12.
Owh nak cakap something. Lecturer tu kan lecture bisnes. So dia tak tau pape la kan pasal lektrik ni.. so bila kitorang demo, dia cam berminat, cam teruja gila tengok kerja kitorang. Seolah olah dia tak percaya yang student biasa boleh hasilkan produk macam tu. Kitorang pun jadi excited jugak la kan. Tapi..... kalau kena kat lecturer engine, mm pandang sebelah mata je la wakaka. Lagi lagi projek saya, the simplest one.
Unexpected thing, dapat sijil and dapat duit rupanye even saguhati pun hihi.. Ok nak chow!
0 orang berkata-kata:
Post a Comment