Friday, March 11, 2011

tanggungjawab seorang perempuan

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, March 11, 2011


Anda seorang perempuan? Atau lelaki? Tak kisah la lelaki ke perempuan, masing2 ada tanggungjawab sendiri sama ada dah berkahwin ke, belum kahwin ke, duda ke...oppss ! Tapi harini aku nak cerita tentang tanggungjawab seorang perempuan.. seseorang yang bergelar anak, isteri, ibu atau nenek. Rasanya korang semua dah tau kan, kita ni orang perempuan, kalau belum kahwin kita masih lagi bawah tanggungjawab parents. Tapi bila dah kahwin, kita dah jadi bawah tanggungjawab suami pula. Apabila kita dah berkahwin, terputus la hubungan seorang anak perempuan dengan ibu bapanya. Means, kalau suami dan parents mempunyai pendapat yang berbeza, so kita kena ikut cakap suami (selagi cakap suami tu tidak menyalahi hukum agama)..tapi, bukan bermakna kita boleh besikap kurang ajar dengan parents. Walau apapun, parents tetap darah daging kita kan, ingat tu. Berdosa kalau kita bersikap yang boleh menyakiti hati mereka. Tapi, tu kalau kita dah bersuami, dah kahwin dgn lelaki tu. Macam mana kalau antara tunang dengan parents, nak ikut cakap siapa? Lu pikir la sendiri, haha.....ok tak2, mesti la dgr cakap parents (selagi tak menyalahi hukum agama). Betul tak aku cakap? Baru tunang, belum suami lagi.. Selagi kita bergelar tunang orang, kita masih lagi bawah tanggungjawab ibu bapa.. Jadi, jagalah hati ibu bapa tu baik2..




Sebagai contoh, kita dah kahwin, dah ada suami. Satu hari tu mak meninggal dunia kat kampung.. masa dapat tahu tu, suami tengah bekerja. So cakap ngn suami nak balik kampung. Tapi suami cakap "tunggu abang balik kerja, baru kita pegi sama2".. Tapi masalahnya, suami tu kena kerja overtime, balik pagi besok. So, boleh tak kita jadikan perkara tu sebagai 'excuse'? Jawapannya, tidak... berdosa tau kalau kita keluar rumah tanpa izin suami, walaupun nak melawat jenazah parents. See? Nampak tak? Kat sini aku nak tunjukkan betapa pentingnya dan betapa besarnya tanggungjawab suami kat isteri. Ni lah yang dikatakan 'apabila seorang perempuan sudah menjadi isteri seseorang, maka terputus lah hubungannya dengan ibu bapa'. Bila kita wat dosa, bukan parents lg dah yg tanggung, tapi our husband. So kpd kaum Hawa, taatlah pada ibu bapa dan suamimu =) Sesungguhnya bila dah kahwin, syurga di bawah telapak kaki suami.


Tapi kan, aku nak cakap sikit la... Orang lelaki memang ada kuasa, memang ada hak kat isteri bila dah kahwin nanti, memang la kami kaum perempuan kena dengar cakap suami. Tapi, tak boleh ke kamu kaum Adam bertolak ansur sikit dengan isteri? Contoh, ibu lelaki ni tak suka kat perempuan ni, tapi lelaki ni kahwin gak dgn perempuan ni.. So tau2 je la, konfem hubungan perempuan ni dgn mertua dia tak berapa nak baik kan. Buat kerja sikit, ada je salahnya, ada je yang mertua ni tegur.  Jadi, lelaki ni boleh tak bertolak ansur skit dengan isteri? Beli la rumah lain utk isteri tu... Takkan la si suami sanggup tengok isteri hari2 bergenang air mata sebab hari2 kena perli dgn mertua..

Satu lagi contoh.. Lepas kahwin, mesti la orang gilir2 balik kampung masa raya kan. Tapi macam mana kalau tiap2 tahun, kena balik kampung suami je? Memang la si isteri kena ikut cakap suami kan.. Takkan nak balik kampung sorang2, berdosa plak nanti sebab keluar tanpa izin suami. So si suami kena la bertolak ansur sikit.. Memang parents dah takde tanggungjawab kat anak perempuan bila anak perempuan tu dah kahwin, tapi jangan la putuskan hubungan seorang anak dengan ibu bapa.. Faham tak apa aku cuba sampaikan? Jangan jadikan undang2 islam sebagai satu medan utk kepuasan diri kita. Islam itu indah dan mudah, tapi manusia yang jadikannya buruk dan susah. Apa2 pun, kalau isteri tak puas hati dengan suami, bawak la berbincang baik2.. jangan sampai jadi kurang ajar, keluar kata2 kesat. Tak perlu nak cerita kat orang lain pun hal rumah tangga.



p/s: aku tulis ni berdasarkan apa yang aku baca dan dengar... mungkin ada yg tersalah dan tersilap. so kalau nak tegur, tegur je...aku tak marah. tapi tegur la baik2 ye =)


6 orang berkata-kata:

AinolMursyida said...

capot... aku dah follow ke.. ko follow aku blk

sephia sophia said...

ha ok2..td aku dh klik follow
tp ade problem lain plak, xboleh
nt aku follow

Amir => said...

hahaha...alah sephia marah kat aku ar tue pasal aku bekang mu nyer entry an3x..hehe sori but for this article mmg betul...lelaki mmg berhak keatas isteri bila dah kawin..tp xsemestinyer suami tue betul sumer. duduk ar bawak berbincang supaya keharmonian rumah tangga terjamin (*ceh mcm dah kawin lak hehe :-P)..

p/s:- ko bila nak kawin sephie ha3x...

Anonymous said...

peh.. eda smgt tol la.. haha.. dah nk kawen ek??

sephia sophia said...

amir: haha....xpe2 dimaafkan. msti la blum, lmbt lg tu...

anonymous: xla...belum lg

mama wana said...

entri yang santai tapi jelas msg yang nak disampaikan :)

heee.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review