Wednesday, October 19, 2011

mari berjiwang 7

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, October 19, 2011 0 orang berkata-kata

Kisah Dongeng - Stacy


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Saturday, October 15, 2011

happy =)))))))))))))))

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, October 15, 2011 0 orang berkata-kata
Yeah akhirnya sekarang berada di rumah!!

Baru baik dari demam, so suara pun sengau-sengau la lagi.. kalau dah kat rumah, tak sah kalau tak karaoke. Mula-mula amik lagu feveret, tapi disebabkan suara sengau, so amik la lagu lain yang agak-agak sesuai. Ok dah jumpa, lagu pilihan adalah lagu Newboys. 



Elok je ayah bawak balik mangga beberapa biji, orang bagi rasanya. Mangga muda, memang kena la dengan tekak aku yang loya yang dah macam mengidam ni. Fuh, sedap sket rasa kat tekak bila dah makan mangga tu..


Agaknya aku demam sebab banyak na mengutuk lelaki dalam entry sebelum ni kot, haha.. Mak saya cakap, tak baik menyampah kat orang. Ok ok pasni dah tak menyampah kat siapa-siapa dah, even lelaki buaya darat sekalipun (tipu). Ok stop isu lelaki.




note: tengah mood happy =)

Wednesday, October 12, 2011

aku bukan benci lelaki, cuma....

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, October 12, 2011 0 orang berkata-kata




Berbalik kepada entry aku sebelum ni; Lelaki, tolong la bersikap jujur.. menyampah.., yang sebenarnya aku copy paste dari blog orang lain. Maaf aku bukan sengaja nak plagiat, tapi tu pengalaman penulis sendiri. So takkan aku nak reka pengalaman sendiri untuk buat entry yang sama, ye dop?

Aku tertarik dengan entry tu sebab aku rasa betul sangat-sangat tu (walhal penulis tu pun adalah lelaki). Guys, can you juz tell her that you don’t love her anymore? Ye memang betul kalau bercinta tak semestinya akan kahwin. Ok let me explain first…

Kita sebagai manusia dah dikurniakan banyak nikmat, salah satunya hati dan perasaan. Kita diciptakan lelaki dan perempuan untuk berpasangan. Orang kata, masa bercinta tu la kita nak kenal hati budi pasangan.. tapi jangan lupa, kalau si lelaki dah melamar perempuan, means dah sebut tentang kahwin then si perempuan pun setuju, tu dah di kira bertunang tau. Bertunang tak rasmi maybe, sebab takde tanda. Pertunangan ialah perjanjian perkahwinan.. ni apa yang aku tahu. Sebab tu masa dah tunang, haram bagi lelaki lain melamar perempuan tu. Kan kita tak boleh mungkir janji?

So masa bercinta jangan la pandai-pandai janji dengan pasangan untuk kahwin dengan dia kalau tak bersedia lagi.. kenal je la hati budi dia dulu, jangan ambil kesempatan. Orang perempuan plak kebanyakkan jenis setia kalau si lelaki dah janji nak kahwin. Contoh dalam kes entry mistabom ni la. Perempuan tu dah percaya setengah mati dah kt BF dia.

Again, kita masih boleh buat pilihan sebelum kita berkahwin.. betul la tu, maybe lelaki tu rasa tunang dia lebih baik untuk dijadikan isteri, daripada perempuan tu. Tapi sekurang-kurangnya bagitau that girl yang dia dah pilih orang lain. Jadi perempuan tu tak la berharap sangat and rasa ditipu. Kalau aku, aku tak marah kalau dia dah pilih orang lain, before dia janji nak kahwin dengan aku. Bukan jodoh kita mungkin.. tapi aku marah kalau dia tak jujur dengan aku.. sangat marah.

Pernah dengar pepatah ni, “Kalau ada 2 orang dalam hidup kita, tapi kita tak tahu nak pilih yang mana, jadi pilih la yang kedua sebab kalau kita betul-betul sayangkan yang pertama, tak wujud yang kedua”.  Mak aku pun pernah cakap perkara yang lebih kurang sama. “Kalau suami menduakan kita, maknanya dia tak sayang kita dah”. Aku memang setuju sangat la tu.. kan kalau nak kahwin lagi, kena minta izin isteri pertama. Kalau isteri tak bagi, tapi dia kahwin gak, maknanya dia lukakan hati isteri. Bila dah sampai hati lukakan hati isteri, sayang lagi ke tu? Tapi tak dinafikan isteri yang bermadu insyaAllah dapat payung emas kat syurga.. wallahualam.

Aku bukan benci lelaki.. family aku pun ramai lelaki. Tapi aku tak suka lelaki macam tu, ha macam tu la, tak jujur. Perempuan pun kena jaga-jaga la, jangan percaya sangat. Ok dah aku rasa dah banyak melalut merapu dah ni. Tu yang malas cakap banyak tu.




p/s: kalau ada pape yang aku tersilap tulis, tertinggal ke, aku minta maaf.. aku pun manusia gak, tak lari dari kesilapan.

Tuesday, October 11, 2011

lelaki, tolong la bersikap jujur.. menyampah.

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, October 11, 2011 0 orang berkata-kata
Aku terbaca satu blog ni.. entry ni buat aku semakin tak percaya dengan lelaki. Yang di bawah ni bukan entry aku sendiri, tapi copy paste je supaya boleh jadi pengajaran untuk orang lain.


" Ada seorang kenalan aku (GadisXXX - Bukan Nama sebenar) di facebook yang rutin setiap harinya dipenuhi dengan status pujian terhadap BFnya, Pujian seperti baik, penyayang, cinta, bertanggungjawab dan segala macam pujian yang boleh membuat orang lain termuntah tanpa sedar setiap hari memenuhi wall facebooknya, kadang-kadang diri ini terasa ingin "Unfriend" kerana semak dipenuhi status gila dia, nak buat macam mana, kawan tetap kawan, terpaksalah terima.

So nak dijadikan cerita, baru-baru ini aku lepak dan online facebook di kedai mamak, dan si GadisXXX pun sedang online facebooknya juga dan seperti rutin biasa wall-wallnya masih dengan pujian terhadap BFnya yang bertuah,
Nak ditambah cerita lagi, apa yang terpandang didepan mata aku pasangan yang sedang duduk berkepit erat dengan penuh kasih sayang dengan adegan mencium pipi adalah BF kepada gadis yang malang iaitu GadisXXX, dianggap malang kerana bukan GadisXXX yang berada disisi lelaki tersebut tetapi Wanita yang jauh lebih cantik dan menarik, pasangan ini mungkin baru balik dari bershopping kerana banyak bungkusan barang diletak atas meja mereka.
Sambil aku menonton pasangan bermain wayang didepan mata bermulalah juga perbualan antara aku dengan Gadisxxx di facebook chat.


MistaBOM: "XXX,Salam, kau buat apa?"

GadisXXX: "Asignment, kenapa?"

MistaBOM: "Kalau aku tanya sikit kau jangan kata aku penyibuk pulak"

GadisXXX: "Cakap je la"

MistaBOM: "Kenapa kau asik puji sangat BF kau?"

GadisXXX: "BF aku sayang aku, mestilah aku puji, kau takde awek apa kau tau"

MistaBOM: "Apa bukti BF kau sayang kau sampai kau duk memuji 24jam"

GadisXXX: "Dia janji nak kahwin dengan aku, mestilah aku kena jaga dia betul2"

MistaBOM: "So kau yakinlah dia takde girl2 lain ke?"

GadisXXX: "Apahal kau cakap macam tu?, kau nak cari pasal ke?"

MistaBOM: "Saja je aku tanya"

GadisXXX: "Aku kenal BF aku, dia takkan tipu aku, dia memang cinta aku"

MistaBOM: "Oo macam tu, so mana BF kau? kau tak keluar dengan dia ke?"

GadisXXX: "Dia busy, dah sebulan aku tak date ngan dia, aku pun taknak ganggu dia sebab dia kata nak cari duit nak masuk minang aku, nanti dia dah free baru aku keluar ngan dia"

MistaBOM: "Busy??? sedih aku tengok kau..."

GadisXXX: "Kenapa?"

MistaBOM: "takda apa, kau nak dengar satu ungkapan tak?"

GadisXXX: "Apa dia?"

MistaBOM: "Tengok Taik Nampak Coklat, mesti kau tak pernah dengarkan?"

GadisXXX: "Bodoh ar kau..."

MistaBOM: "Lagi bodoh kau dari aku, bye Salam"


Dan selepas itu aku pun mahu caj notebook aku yang dah nak kehabisan bateri, di meja pasangan tersebut terdapat socket elektrik,
aku pun pergi untuk mencucuk plug charger meja pasangan tersebut. dan bermulalah perbualan pendek antara aku dan BF gadisXXX...


MistaBOM: "Bro, tumpang charge kat sini boleh"

LelakiXXX: "No hal"

MistaBOM: "Thank, banyak barang, baru balik shopping dengan awek ke?"

LelakiXXX: "Beli barang sikit untuk tunang"

MistaBOM: "Oo tunang, ingat ke awek"

LelakiXXX: "baru 2 minggu bertunang"

MistaBOM: Congrat bro..

LelakiXXX: thank bro.


Aku tidak akan memberi tahu kepada GadisXXX mengenai kes ini, supaya aku tidak dianggap penyibuk, biarlah dia sendiri dapat tahu dari orang lain.
dan aku amat kesian dengan girl2 yang akan melalui situasi seperti ini.

Tatkala perempuan terlalu gila terhadap lelaki, 
tatkala itulah lelaki main gila terhadap perempuan.

kepada girl2 lain, jangan duk puji dan bermegah2 sangat pada BF anda melainkan anda sudah "bernikah", kisah ini bukanlah untuk mengutuk atau menghina, tetapi menasihat wanita supaya tidak ditipu, aku lelaki aku tahu apa lelaki mahukan dari wanita, bukan semua lelaki adalah penipu, dan bukan semua lelaki baik. " 



copy paste dari blog mistabom.



Monday, October 10, 2011

Everybody knows that girls love surprise

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, October 10, 2011 0 orang berkata-kata
Cool... please la tengok ni 

A Cadbury Dedication To My Lovely Wife



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review