Saturday, December 31, 2011

Osbon, juara Maharaja Lawak Mega 2011

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, December 31, 2011 0 orang berkata-kata
Yea Osbon menang Maharajalawak Mega semalam! Tuah ayam nampak di kaki, tuah Osbon siapa yang tahu.. Saya ingatkan kumpulan Boboi yang menang, sebab rasanya performance diorang lagi bagus semalam. Tapi dah rezeki Osbon.. Osbon pun kelakar gak. Mak cakap Osbon dari minggu awal2 lagi dah memang kelakar. Saya mana la tengok minggu awal2 tu... awak duduk kolej kan, mana ada TV.





Tapi memang patut la Osbon menang.. teringat pulak masa Yus Rajalawak 1 menang dulu. Ingat lagi tak? Masa tu persaingan Yus, Zizan dan Johan. Saya pun konfius nak pilih siapa antara Zizan, Johan dengan Yus, tapi rezeki Yus.. Bagus jugak Yus menang, duit tu boleh bantu dia. Masa tu Yus hidup susah, rumah kayu. Astro ada tunjukkan kehidupan dia masa before final tak silap...





Rasanya, kemenangan semalam lebih bermakna buat Os. Sebelum ni Os kerja bawak teksi, ada 7 orang anak yang dia perlu tanggung. Anak dia sume kecik2. Macam ayah saya pulak. Tapi kami adik beradik dah besar2.. Tapi even Os dah menang besar semalam, dia akan teruskan kerja bawak teksi.. Rezeki yang halal. Takkan dah dapat duit terus nak jadi malas kan? Terharu je bila tengok sikap Os yang rendah diri semalam, very humble..


Rezeki Allah jangan dinafikan.. ye tak?



Friday, December 30, 2011

pergi bercuti masa cuti hari Krismas pun dikira sambut Krismas ke?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, December 30, 2011 7 orang berkata-kata
Tadi saya terbaca sesuatu yang mengatakan, keluar bersiar-siar, buat Family Day kebetulan pada cuti Hari Krismas pun dikategorikan sebagai menyambut Krismas?? Korang setuju?

Apa definisi Hari Krismas?

Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin).
Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir (Egypt), Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory).
Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasukpokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19. (sumber: wikipedia)

Oleh sebab itu, Islam melarang umatnya menyambut Hari Krismas sama ada secara langsung atau tidak langsung, even mengucapkan "Selamat Hari Krismas" or "Merry Christmas".

Dalam sambutan seisi keluarga, Krismas merupakan hari untuk bersantai bersama sanak saudara yang tinggal berjauhan, bertemu semula untuk bertukar-tukar hadiah, berkongsi kebahagiaan hidup dan untuk bersuka ria. Ada juga yang menyertai perarakan menyanyikan karol dari rumah ke rumah. Seperti juga gereja dan tempat awam, rumah kediaman juga wajib dihiasi indah sempena sambutan Krismas, dengan gantungan rimbunan daun kehijauan pada dinding-dinding, pohon Krismas di ruang tamu dan gantungan stokin merah besar pada tempat pendiangan api.

Jadi, adakah Family Day yang kita buat , kebetulan pada cuti Hari Krismas pun dikira menyambut hari Krismas? Ada kita masuk gereja, menyanyi karol? Ada kita bertukar-tukar hadiah? Ada kita pasang pokok Krismas kat tempat holiday? Ada kita saling ucap mengucapi "Merry Krismas"? Dan yang paling penting, ada ke kita pasang niat nak pergi bercuti tu sempena nak sambut Hari Krismas? Takde kan semua tu.... kesimpulannya, jangan cepat nak cari kesalahan orang lain. Kita buat Family Day, bercuti dengan keluarga untuk mengeratkan silaturrahim.. tengok ada pulak yang cakap kita buat sebab sambut Krismas. Ini dah dikira fitnah ni. Kita sama-sama orang Islam, tahu yang sambut Krismas tu salah... Tapi takpe la, kalau niat anda nak mengingatkan kami, saya hargainya... terima kasih =)



p/s:  Kalau ada yang nak komen, silakan. Kalau malu, guna je la nama anonymous tu.. Saya perlukan pendapat orang ramai tentang ni. Sebab saya tak nak cakap saya betul, cuma saya tak berapa setuju dengan pendapat orang tu.. so any commentor??




Thursday, December 22, 2011

nak balek punya pasal..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, December 22, 2011 2 orang berkata-kata



Wahh.... harini pergi kelas dalam keadaan selsema yang teruk, mata yang ala2 panda + mengantuk, kepala yang tak berapa nak betul. Sebabnya.... saya tidur pukul 6 pagi. Malam semalam stay up kat fakulti ngan 3 orang kawan semata-mata nak siapkan assignment. Assignment tu due date Selasa minggu depan. Tapi kami semua nak balek hari ni gak. So nak taknak kena siapkan semalam gak. Padan muka.


Punya la semangat nak stay up, siap beli keropok2 (ayu yang semangat), air nescafe, gula2 bagai.. owh yang penting, kami ada peneman =) Yela.. bahaya gak kalau girl2 je yang duduk luar kan.. kena la ada sorang hero. Nasib baik la ada kawan yang sanggup nak teman kami siapkan keja sampai kul 5.. padahal kul 4 ada game bola. Terima kasih ayahanda!



Tuesday, December 20, 2011

Petanda si dia adalah jodoh kita

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, December 20, 2011 3 orang berkata-kata
Tahu tak.. saya pernah terbaca satu statement ni mengenai jodoh kita. Menurut ayat tersebut, ada 2 petanda yang si dia adalah jodoh kita.


1. Dipermudahkan.
2. Mendekatkan diri kita dengan Allah.


Saya tak tahu sejauh mana kebenaran ayat ni. Tapi kalau ikut pendapat peribadi saya, saya agak setuju dengan dua perkara ni. Pertama, dipermudahkan. Mungkin, jalan kita untuk bersatu dengan si dia dipermudahkan. Tak perlu nak tempuh lautan api, gunung ganang bagai cam ayat dalam filem.. kalau ada pun, mungkin sikit je untuk uji kesetiaan kita. Pakwe lama datang balik ke, makwe lama menagih simpati ke.. saya rasa semua tu cuma dugaan. Tapi andai kata nak kahwin dengan dia, tapi seluruh family tentang, dengan bersebab. Takkan sampai nak kahwin lari kot? Tak dapat keredaan orang tua nanti.. tak bahagia hidup.


Kedua, hubungan kita dengan si dia lebih mendekatkan diri kita dengan Allah. Bukan solat sebab dia suruh, bukan tutup aurat sebab dia suruh, bukan macam tu.. maksud saya, yela, siapa yang tak nak masuk syurga sama2 dengan pasangan kan? At least, seseorang yang buat kita lebih mengenali Allah s.w.t.. bukannya menjauhkan kita dengan-Nya. Tapi jangan memaksa! Rasulullah pun tak menggunakan kekerasan semasa berdakwah..


Ni pendapat saya je.. kalau ada yang salah, memang dari saya la tu. I'm not the perfect one =)





Kapar Energy Ventures

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, December 20, 2011 0 orang berkata-kata
Hari tu kan, hari tu kan saya pergi lawatan ke Kapar Energy Ventures.. best la sebab dapat tengok system dalam TNB. Walaupun tak semuanya saya paham, tapi ada la dapat 4/10 kan hehe.. dah lama tak join lawatan sambil belajar ni, last masa sekolah.



baru nak bertolak


dalam bas


dah sampai.. bertaklimat jap


makan sat before gi jalan


jom!


 bilik ni yang control semua system


kami tengok generator besar!


transmission line.. penghubung generator ngan distributor


 nak balik dah..











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review