Thursday, August 26, 2010

budak kecik yg naif

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, August 26, 2010
sapa suka mencarut?angkat tangan..ops!hehe..aku kn, aku kn, aku bkn jenis mencarut kalau korang nk tau. kalau nk tau la..xnak tau xpe..maybe sebab mak aku dah didik sejak kecik kot. masa kecik2 dulu mak slalu cakap mcm ni "jangan mencarut, nnt msuk neraka". so aku pn cam takut la nk cakap carut kat orang ni. 

nak dijadikan kisah, ms aku berumur 11 tahun (means darjah 5 rasanya ms tu, huhu), aku selalu dgr org sebut perkataan "babi". balik umah tu aku cerita la kt mak psl kawan2 aku tu dan bertanya, cakap "babi" tu berdosa tak? terus mak aku tegah, "berdosa, jgn sebut lg perkataan tu". sejak tu aku x sebut la perkataan b*** sbb xnak masuk neraka, hehe....tiba-tiba, tiba-tiba  satu hari tu ms aku tgh blaja kelas Bahasa Melayu a.k.a BM, ada perkataan b*** dlm satu ayat. contoh ayat, "Ali terlanggar seekor babi lalu kemalangan". cikgu plak suh aku baca. aku pn baca la....

cikgu : eda, cuba kamu baca ayat ni.
aku : baik cikgu. "Ali terlanggar seekor khinzir lalu kemalangan".
cikgu : eda, kamu tgh bhsa melayu ke bhsa arab? kenapa sebut khinzir? sebut je babi.

aku tergamam gila ms tu sbb cikgu suh aku mencarut??aku ingat yg mak kata jgn sebut b***, nt dosa. sbb tu aku tukar sebut khinzir. balik umah tu terus aku cari mak..

aku : mak, mak td kn kt sekolah cikgu suh akak sebut babi mak.
mak : eh tak kan la cikgu suh. cikgu ckp cmne?

aku pn cerita la ape yg jd kt kelas td...tiba2 mak aku gelak dan berkata (skema la plak,haha), babi tu sejenis haiwan, haiwan yg hina. sebut bg tujuan belajar xpe, tp jgn ckp kt kawan2 or panggil kwn dgn panggilan tu. mcm tu la bru berdosa. owh...baru aku phm, hahaha..

sampai skang kalau aku teringat peristiwa tu msti aku gelak sorang2, hahahahahaha..sgt2 x bleh lupa. yela budak kecik lg, x bape nk phm org ckp. ape yg kita dengar, tu la yg kita ikot. tapi sampai skang mmg aku x cakap la perkataan tu kt org sbb aku tau x elok. penah gak org ckp mnde tu kt aku, aku nangis gila2 ms tu, sedih la sbb dia samakan aku ngn haiwan tu, waaa!!! selama hidup 21 thn ni, tu la skali org ckp aku b***, hehe..best kn? maknenye org jarang nk marah kt aku, huhuhu... tu yg aku dgr la, xtau la kot2 belakang aku ade gak org ckp mcm tu kt aku kn. so pesanan aku tuk semua, hentikan la perbuatan suka mencarut pd org lain sbb x elok pn...huhu.       

1 orang berkata-kata:

مستقيم محمد نجيب said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review