Fuhh.. semalam tido lambat sebab layan Youtube lagu lagu 80-90 an dulu. Memang tak bosan la dengar lagu lelama ni, padahal dah banyak kali dengar kan?
Perasan tak beza artis lama dengan artis baru ni? Kalau artis lama, diorang memang minat muzik, memang betul betul minat muzik. Hidup diorang memang dengan muzik je. Cuba korang pikir, ada tak artis artis dulu yang kaya raya? Takde kan. Tapi lagu diorang, fuh.. sampai sekarang pun orang layan tak bosan.
Tapi artis sekarang? Baru masuk industri dah kaya.. tapi lagu? Lagu femes kejap je, pastu basi. Nampak la orang sekarang nak jadi artis sebab nak untung, nak femes cara cepat je... tapi kualiti? Tengok contoh artis dulu. Jadi artis sebab memang minat nak menyanyi, memang minat dengan seni muzik. Sebab tu kualiti bagus-bagus.. even tak kaya pun, diorang still hasilkan lagu. Dah nama minat kan. Artis sekarang? Bila lagu dah tak femes, mula la masuk bidang lakonan pulak.. pastu kontroversi sana sini, nak naik cepat la katakan.
Saya minat tengok orang nyanyi nyanyi ni.. tapi sekarang dah kurang minat.. macam lagi banyak tengok maksiat je dari kualiti kerja :)
Tuesday, May 29, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 orang berkata-kata:
walaweiii,, belang-belang mata aku tengok blog kau..heeee
haha ni baru sket... =)
tak paham
Post a Comment