Saturday, June 22, 2013

Susah nak cari lelaki yang taknak isteri bekerja

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, June 22, 2013


Zaman sekarang ni ada lagi tak lelaki yang taknak wife bekerja? Macam susah je nak cari. Mostly lelaki sekarang semua nak wife bekerja.. zaman sekarang mahal, banyak pakai duit katanya. Satu je nak tanya, kenapa?

Kenapa beriya sangat nak suruh wife kerja? Takut tak mampu bagi makan ke? Kalau macam tu maknanya awak tak yakin la yang awak mampu ke tak nak bagi anak isteri makan. Kalau macam tu tak payah kahwin. Sebab salah satu syarat wajib kahwin, mampu dari segi kewangan, mampu nak bagi nafkah. 

Kenapa? Awak takut isteri mintak macam2 tapi awak tak mampu nak tunaikan? Isteri yang baik adalah isteri yang takkan meminta di luar kemampuan suaminya. Kalau dia taknak keja, insyaAllah dia akan paham kewangan suami, takde nak minta bukan2 di luar kemampuan. Tapi kalau dia buat gak, ha suruh la dia keja.

Lelaki yang mengharapkan wife bekerja ni kan, pada saya la, seolah-olah dia tak yakin yang dia mampu bagi nafkah. Dia tak yakin mampu tanggung keluarga. Tak yakin pada rezeki Allah ke? Kan lebih elok kalau wife tu duduk rumah, jaga dan kemas rumah, asuh didik dan ajar anak2 mengaji. Dalam Islam pun tak menggalakkan isteri bekerja di luar rumah kalau suami masih mampu cari rezeki. Kalau nak keja pun, ada syaratnya.

i) Perkerjaan itu tidak menjurus kepada perlanggaran hukum syara’. Sebagai contoh kerjanya itu menghendaki wanita itu melakukannya bersama-sama dengan kaum lelaki di tempat yang sunyi lagi terasing daripada orang lain umpamanya kerja itu dilakukan oleh seorang lelaki dan perempuan dalam satu bilik. Tugas tersebut jelas bertentangan dengan prinsip Islam sebagaimana yang digariskan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam sabdanya:

Maksudnya: “Hendaklah jangan seorang lelaki itu bersunyi-sunyi dengan seorang perempuan.” 
(Hadis riwayat al- Bukhari)

ii) Pekerjaan itu tidak menghendakinya belayar keluar negara bersendirian tanpa ditemani oleh suaminya, mahramnya atau sekumpulan perempuan yang diyakini amanah dan dapat mengawal kesejahteraannya serta mengelakkannya daripada perkara-perkara mungkar, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam :

Maksudnya: “Janganlah seseorang perempuan itu melakukan pelayaran kecuali bersama mahramnya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

iii) Pekerjaan itu tidak akan menyebabkan seorang wanita itu mendedahkan auratnya. Menurut Islam apabila wanita itu keluar rumah hendaklah menutup aurat serta memenuhi adab-adab Islam seperti firman Allah Subhanahu Wata’ala:

Tafsirnya: “ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan-perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.”
(Surah an-Nûr : 31)

iv) Pekerjaan itu mestilah sesuai dengan kemampuan fizikal dan naluri / fitrah semula jadi kewanitaannya. Tugas-tugas yang lasak adalah tidak sesuai dengan wanita kerana fitrah semula jadi mereka adalah lemah lembut sekalipun kerja-kerja lasak itu dianggap oleh orang yang tidak beragama sebagai kerjaya yang mencabar dan mampu menampakkan kegagahan, daya saing dan kehandalan.


v) Bagi wanita yang bersuami pula pekerjaan itu hendaklah mendapat restu dan izin daripada suaminya iaitu apabila tugas tersebut menghendakinya keluar rumah. Suami berhak menghalangnya daripada bekerja sekiranya kerja itu boleh menyebabkan seorang isteri itu cuai pada menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Suami lebih berhak menegah isterinya bekerja sekiranya pekerjaan itu mengundang kepada fitnah atau boleh berlaku fitnah, seperti pekerjaan yang tiada batasan agama atau adab sopan di dalam bentuk campur gaul yang bebas di antara lelaki dan perempuan, sama ada ianya berlaku di daratan, lautan atau di mana-mana saja. Jika terdapat unsur-unsur begini, atau ghalib zhan fitnah itu mungkin berlaku, maka suami wajib menegahnya. Jika tidak, suami itu akan dianggap dayus, sedangkan orang dayus tidak akan mencium bau syurga.

Bila wife duduk rumah, perkara-perkara di atas ni insyaAllah boleh dielakkan. Tapi.....mm...dah suami lagi mementingkan kesenangan hidup kan. Dia tak kesah isteri dia keja macam mana, janji ada duit masuk yang boleh bantu dia. 

Memang, tak salah kalau isteri bekerja sebab nak bantu suami. Memang tak salah. Minta izin suami kalau nak kerja. Tapi kalau isteri tu tak kesah hidup sederhana dengan berbekalkan gaji suami je, so kenapa suami pulak yang beriya nak suruh isteri bekerja? 

Ahh dah la...malas dah nak bahas pasal ni lagi.


7 orang berkata-kata:

Prince of Noob said...

well said. saya antara lelaki yang tak nak wife bekerja. mungkin ada yang kata saya ortodoks atau ketinggalan zaman, tapi saya percaya suami yang perlu sediakan nafkah dan keperluan yang wajib mengikut kemampuan dia tanpa minta sebarang wang ringgit daripada isteri.

sephia sophia said...

yeah that's the way a gentleman should be..mmg itu yg sepatutnya. tp susah nak pahamkan org yg xphm2 gak..

Unknown said...

Cakap senanglah.. seolah2 xyakin dgn rezeki. Kalau lelaki keja gaji besar boleh la smbang.. senang hdp jd perempuan. Kahwin pun lelaki kena bg hantaran minimum 10k. Belanja kawen dh boleh pakai duit hntaran. Lps tu dh kawen ddk rmh kegangkang. Duit pnjaman ptptn sape nk bayar? Lps tu hdp nk merungut mintak tu mntak ni.. klau dh xnk keja cari je la lelaki yg byk duit.

Unknown said...

Sya juga seorang yang tidak suka isteri berkerja dan ditatap oleh lelaki lelaki lain,,,sya lebih suka isteri duduk dirumah dan makanlah pakailah..ape yang sya berikan mengikut kemampuan sya itu lebih baik..lagi satu fenomena hari ini sya merasa hairan dahulu ahli ahli agama ckp kalau nak rezeki cukup berkahwin tapi sekarng diajarkan kepada kita kalau nak kahwin kena ade itu dan ini dulu baru boleh berkahwin..manusia sudah dimomokkan dengan hal hal kebendaan....saya tidak hairan kalau satu hari nanti yang boleh berkahwin adalah orang orang kaya sahaja walhal perkahwinan adalah termasuk dalam hal hal keagamaan..

Anonymous said...

Tak brp bagus sbnrnya kalo istri bekerja d luar rumah tak kira la suami kaya atau miskin. Ikut islam, sebaik2 tmpt seorg wanita adalah rumahnya. Surah Al ahzab 33. Mesti ada sbb knp allah srh wanita tnggal d rumah. Kita sbg hamba DIA, patutnya jgn ingkar

Unknown said...

Belom kahwin, boyfriend cakap nak suruh kerja, sy janda anak ,dia suruh i kerja pastu anak hantar pergi tadika. Macam ni lelaki tu apa ya, tak mampu nak sara kah, atau dia berkira nak jaga anak tiri tu. Sbb tu dia suruh i kerja. I cakap, i tak nak kerja, sbb nak jga baby i yg xsihat ni. Tapi dia cakap i malas.

Anonymous said...

Bg aku la kalo ko tu xde pelajaran.spm pun lingkup elokla duk umh je tp andai ko tu berpelajaran ape gune duk umh?nk smpan je ke kelulusan yg ko ade?pnah trfkir knpe mak bapak ko sruh bljr tggi2??supya ko blh dpt keje yg bgus..skrg ni zamn dh brubh..bini aku pun keje(gred 41) dan aku keje kilang je tp berpangkat.kalo ikut kn blh je aku nk sara tp aku kenanhkan bini aku ank sulung dan ade adik2 lg aku benarkn die trus keje lgpun keje dgn kerajaan.syg kalo bnt..lainla kalo keje yg xberpadanan dgn kelulusan tu memg agk ralat jgk la nk kasi trus keje..ko org ppuan pnah tnye diri ko knape ko smbung bljr lpas abis spm??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review