Salam..
Hari ni macam nak meluah perasaan yang ada kat dalam hati ni sikit. Saya teringin nak ada rumah mewah, kereta mewah, makan mewah..tapi satu yang saya takut, takut lupa diri. Manusia, bila dah pegang duit, bila duit depan mata, mudah sangat lupa diri. Lupa asal usul. Itu la yang paling saya takutkan. Kalau sedar takpe. Ni kalau tak sedar diri yang diri tu dah lupa diri. Acaner tu?
Ok dah cukup merepek hari ni. Ok bai.
Sunday, February 16, 2014
Sunday, January 19, 2014
Kenapa bukan iman yang dilihat dalam pemilihan pasangan?
Wahai kaum Hawa, cuba refresh semula...anda pilih lelaki berdasarkan apa?
- Rupa paras
- Harta
- Budi pekerti
- Iman
Saya? Rasanya no 3. Kenapa bukan iman? Sebab saya belum kenal lagi dia yang sebenar-benarnya. Saya tak tahu kalau dia solat, adakah ikhlas atau menunjuk saja depan saya. Sebab bukannya 24 jam kita dengan dia kan, belum hidup bersama lagi. Saya tak boleh nak nilai tahap keimanan dia. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Tapi yang penting, apa yang kita nampak depan mata. Dia boleh hormat kita, jaga maruah kita, dan tak ambil kesempatan atas kita.
Untuk perkara no 4, insyaAllah, kalau Allah izinkan..saya hanya boleh berdoa supaya ditingkatkan iman dalam diri si dia dan diri saya sendiri. So girls, jangan lupa berdoa dalam soal memilih jodoh. Saya pun tak tahu lagi berjodoh dengan siapa nanti. Mungkin dia mungkin orang lain. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui. :)
Saturday, January 18, 2014
Tolong la jangan nak hon orang sesuka hati
Now saya dah bawa and drive kereta sendiri pergi balik kerja. Honestly, sebenarnya still ada rasa takut lagi nak drive kereta, tapi buat-buat berani sebab terpaksa. Kalau bukan saya, siapa lagi nak drive kan? Takkan kena hire pemandu kot? Banyak duit kau.
Drive kereta dalam Putrajaya pun cukup la. Kadang-kadang rasa nak give up je tak nak bawak, Belum lagi masuk KL kan. Orang Putrajaya macam jenis yang tak boleh sabar. Hon sana hon sini. Mungkin bukan semua, tapi mostly macam tu. Mmm ye saya pun baru pandai bawak kereta, tak expert pun. Tu yang kadang-kadang rasa macam nak balas, "Kau tak boleh sabar ke? Aku memang tak pandai bawak kereta. So sabar sket, aku memang tak pandai nak cucuk jalan."
Kalau nak keluar simpang pun, kalau lambat cam takut-takut pun kena hon. Aish serius rasa nak give up. Husband aku nanti tolong la memahami yang aku seboleh-bolehnya TAK NAK drive, lagi-lagi kat tempat yang orang nya tak boleh nak sabar. Sori kalau ada orang Putrajaya yang baca post ni. Kalau anda bukan jenis yang macam tu, yang suka hon-hon sesuka hati tu, bagus. Thumbs up for you!
Wednesday, December 25, 2013
Sephiasophia is coming back!
Lama dah rasanya tak tengok blog ni..busy sangat la. Owh ye, sebelum terlupa, saya sekarang ni bertukar status dah. Ops! Bukan status bujang ke isteri orang, tapi dari pelajar dah bertukar ke pekerja :)
Setelah 6 tahun berhempas pulas dalam pelajaran, akhirnya saya officially graduated pada 19/Nov/2013 haritu. Sekarang ni saya bekerja di Putrajaya. Mai la sana. Tapi takde apa pun selain pejabat2 kerajaan tu ha. Dah 2 bulan dah saya kerja. Tu yang takde masa langsung nak tinjau sini. Tapi takpe, lepas ni kalau free boleh la nak jenguk2 masuk sini kejap.
Hehe takde apa nak cakap dah. Tu je nak bagitau, saya dah jadi pekerja :) Bye bye, nanti jumpa lagi.
Wednesday, September 25, 2013
Jalan-jalan raya with friends..
Raya haritu pegi jalan-jalan dengan kengkawan sekelas. Tiga negeri diredah dalam 1 hari. Hebat..hebat.. Selangor, Negeri Sembilan, Johor. Tapi saya tak sampai la Selangor tu. Sebab kengkawan datang rumah dari Selangor, then terus pegi Johor. Skema ke saya bercerita? Never mind.
kat umah saya ler...:)
jawarian
sempat singgah pedas jap. nasib baik dah malam. kalau tak dah pegi mandi wetworld pedas dah hehe...
Bila la nak konvo ni..nanti boleh jumpa kawan2 lagi. Rindu plak tetiba..mm..
Subscribe to:
Posts (Atom)



