Friday, March 30, 2012
Friday, March 23, 2012
now saya percaya saya budak lektrik
Semalam saya berjaya baiki lampu meja dengan jayanya muahaha.. ini adalah satu pencapaian baru bagi saya sebab before ni bukan nak kata pasang lampu, tengok orang lain pasang lampu pun tak pernah. So bila saya dapat baiki sendiri lampu meja, I was so excited :)
Memang la takde wiring pun, senang je pun.. tapi at least saya dapat cari ape problem lampu tu tak menyala, then saya solve kan sendiri tanpa bantuan orang. Bukan kah itu satu pencapaian bagi budak macam saya yang tak tau pape? muahaha..
Nak dipendekkan cerita, before tu saya dah buat aduan kat ofis lampu rosak. So bila dah elok tu, saya pergi la ofis nak cancelkan report tu, before dia hantar orang nak betulkan.
Saya: Kak, hari tu saya ada buat report lampu meja rosak.. tapi saya nak cancelkan sebab lampu tu dah elok.
Akak ofis: Elok camne dik? dah ade orang datang betulkan ke?
Saya: Tak la kak, saya betulkan sendiri je (sambil tersenyum lebar)
Akak ofis: Ha?? Camne adik betulkan?
Saya: Saya godek-godek je kak.. bukak, pastu pasang balik.
Akak tu tengok baju saya. Kebetulan saya pakai jaket fakulti lektrik masa tu..
"Patut la pun... budak lektrik ha... ", akak ofis berkata-kata.
Saya buat muka sengih-sengih je. Baru sekarang saya percaya yang saya budak elektrik.. Kau hado??
happy birthday to me =)
For this year I got this =)
Tahun lepas kek besday beli sendiri je.. tahun ni orang bagi, hee suke suke.
Thanx ye guys..
Bila ntah nak rasa mak beli kek besday, tak pernah nye besday masa cuti
Mmm...
Wednesday, March 14, 2012
ubat baru, pengganti panadol
Tau tak sekarang ni kalau demam, badan panas, tak payah nak makan ubat panadol lagi? Makan je buah betik, minum air 100 plus, insyaAllah kebah demam tu.. tapi tu pun dengan izin Allah s.w.t. Masa nak makan tu, baca doa "Ya Allah, sesungguhnya Engkau lah yang berkuasa menyembuhkan segala penyakit". Ataupun baca je apa-apa minta Allah yang sembuhkan..
Saya sekarang ni memang tak nak biasakan badan ni dengan ubat hospital.. budak farmasi pun cakap panadol tak bagus. Memang panadol melegakan, tapi effect masa panjang tu kita tak tahu.... yang saya tau, memang tak bagus. Lagipun, saya memang tak suka makan ubat. So sekarang dah ada reason yg kuat kenapa saya tak nak makan ubat. Ok tu je nak share.. bye =)
p/s: ada orang cakap kat saya, "I thought you are a modern.".. owh bukan, saya perempuan kampung je. Saya bukan up-to-date punya orang ;p
Sunday, March 11, 2012
benda menarik kat Singapore
Ok harini nak share gambar-gambar yang saya rasa agak menarik kat Singapore.. negara lain tak tahu sebab tak pernah pergi lagi.
Ni toilet yang berada kat tengah-tengah ruang bangunan
recycler.. style kan?
ni sebenarnya lantai dari tingkat atas yg lut sinar.. boleh nampak bawah
replika makanan yg diletak depan restoran
sos mcdonald yg tak sedap.. tengok kaler die, lain kan?
kedai kek durian.. semua kek perasa durian
saya suka main menda alah ni, touch screen tu haha.. kat toilet je pun
style tak? sbnrnya nak bgtau yg kat bawah tu ada tisu
origami kat airport
tau tak game yg susun-susun tu? ha ni kat airport.. bosan2 menunggu tu main sat
kerusi je pun..
ni pun game gak, game teka-teka...
percaya tak ni kat atas bangunan yg atas sekali tu?
30%-40% drpd lantai tu adalah air
Ni sebahagian je.. ada lagi yang menarik, tapi takde gambar la. Tau tak kat Sinagpore ada kereta yang pakai no plat merah? Kereta yang pakai no plat merah tu boleh keluar waktu malam je, dari jam 6.00 pm sampai 6.00 am. Kalau tak silap, road tax dia lagi murah hehe.. Ok tu je setakat ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)