Friday, March 23, 2012

now saya percaya saya budak lektrik

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, March 23, 2012
Semalam saya berjaya baiki lampu meja dengan jayanya muahaha.. ini adalah satu pencapaian baru bagi saya sebab before ni bukan nak kata pasang lampu, tengok orang lain pasang lampu pun tak pernah. So bila saya dapat baiki sendiri lampu meja, I was so excited :)

Memang la takde wiring pun, senang je pun.. tapi at least saya dapat cari ape problem lampu tu tak menyala, then saya solve kan sendiri tanpa bantuan orang. Bukan kah itu satu pencapaian bagi budak macam saya yang tak tau pape? muahaha..

Nak dipendekkan cerita, before tu saya dah buat aduan kat ofis lampu rosak. So bila dah elok tu, saya pergi la ofis nak cancelkan report tu, before dia hantar orang nak betulkan. 

Saya: Kak, hari tu saya ada buat report lampu meja rosak.. tapi saya nak cancelkan sebab  lampu tu dah elok.

Akak ofis: Elok camne dik? dah ade orang datang betulkan ke?

Saya: Tak la kak, saya betulkan sendiri je (sambil tersenyum lebar)

Akak ofis: Ha?? Camne adik betulkan?

Saya: Saya godek-godek je kak.. bukak, pastu pasang balik.

Akak tu tengok baju saya. Kebetulan saya pakai jaket fakulti lektrik masa tu..

 "Patut la pun... budak lektrik ha... ", akak ofis berkata-kata.

Saya buat muka sengih-sengih je. Baru sekarang saya percaya yang saya budak elektrik.. Kau hado??


5 orang berkata-kata:

su suraya said...

den budak bisness.. kau hado??? haha

sephia sophia said...

hahaha
jeles ler teww...

NorAzalya said...

fuyoo! hebat kau eda. lampu uma aku rosak gk ni. meh la dtg godek2 hehe

Anonymous said...

ceh!

sephia sophia said...

lya: godek2 wt lg rosak boleh? pastu leh beli baru haha..

anon: ceh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review