Jumaat hari tu saya pergi Ipoh, melawat kawan punya mak. Kawan tu nak cuti satu semester sebab nak jaga mak dia. Saya bangga dengan dia.. even pelajaran tu penting dalam kehidupan, tapi family lagi penting. Mak dia takde keupayaan nak bergerak, so perlukan perhatian penuh dari orang lain. Ayah kerja jauh, kat KL.. Kalau ayah dia yang berhenti kerja, lagi susah. Sebab tu dia buat keputusan nak cuti satu semester, tapi ayah dia cam tak bagi. Jadi dalam proses perbincangan lagi.. borang nak cuti dah isi, cuma belum hantar lagi.
Hari tu pergi dengan klasmate, pergi 4 kereta 16 orang.. Dua orang je perempuan, saya dengan kawan lagi sorang. Kawan-kawan perempuan lain tak dapat ikut sebab masing-masing ada hal sendiri. Kami berdua je yang free. Nak cakap ngan mak pun serba salah nak pergi Ipoh tu, yela berdua je perempuan kan.. tapi nasib baik mak izinkan. Setakat yang saya kenal, kawan-kawan laki saya semua baik-baik, insyaAllah... takde lagi saya jumpa kawan laki yang nak amek kesempatan. Semuanya tahu batas, hormat kami orang perempuan ni.
Berbalik kepada kawan saya yang nak cuti tadi, saya doakan mak dia cepat sembuh.. saya cakap ngan dia, jaga mak baik-baik, jangan rasa down. InsyaAllah anak yang berbakti kepada orang tuanya, Allah permudahkan jalan...
0 orang berkata-kata:
Post a Comment