Thursday, February 28, 2013

tanam niat yang betul sebelum memilih

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, February 28, 2013 2 orang berkata-kata


Semua pihak ada silapnya..takde yang betul 100%, takde yang benar 100%. Manusia memang selalu buat silap. Tapi nak tak nak, kita harus tetap kena memilih gak. Jadi pilih la yang terang-terang menyokong islam. Walaupun kita tak tahu niat di hatinya mungkin berbeza. Kalau berbeza, itu urusan dia dengan Allah. Jangan disokong pihak yang terang-terang permainkan islam. Kelak kita akan ditanya, kenapa kau memilih dia? Kalau difikir-fikirkan balek, sungguh banyak kekuasaan Allah yang kita dah nampak. Antaranya:-

1. Negeri yang selalu dikutuk, dihina, dikatakan takde kemajuan, mundur. Tengok sekarang lombong emas dijumpai di negeri tersebut. Allah tu Maha Berkuasa, Maha Mengetahui. Sekelip mata je ada kalau Dia nak bagi.

2. Dia dituduh dengan macam-macam kesalahan. Bila masuk mahkamah, takde satu tu pun tuduhan tu yang benar. Keputusannya, dia terlepas dari semua tuduhan tu. Allah lebih Mengetahui.

Yang penting, niat kita. Saya tak memaksa anda memilih mana-mana pihak untuk memimpin. Saya pun tak tahu mana yang benar, mana yang salah. Yang saya tahu, semua pihak ada buat silap, malah saya sendiri. Tapi fikir sejenak, kenapa anda memilih dia sebagai pemimpin? Adakah kerana percaya pihak tu boleh mempertahankan islam, atau percaya pihak tu boleh mempertahankan kemajuan negara? Think about it..:)

Sunday, February 24, 2013

perumpamaan yang simple.

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, February 24, 2013 2 orang berkata-kata
perumpamaan yang simple.

Sebenarnya saya konfius bila orang cakap beribadat tu biar ikhlas kerana Allah, jangan sebab nak kan syurga  je.. jangan sebab nak kan pahala je. Tapi, bukan ke kita beribadat, kita berbuat baik sebab nak kan pahala? Bila dapat pahala, baru dapat masuk syurga. Bila dapat masuk syurga, baru dapat jumpa Allah swt.. kan? Apa yang dimaksudkan dengan ikhlas tu?

Then saya dah dapat jawapan. Bayangkan kalau seseorang buat baik dengan awak, hanya sebab nak kan kereta or rumah yang awak dah janjikan. Awak marah tak? Buat baik dengan awak hanya sebab nakkan sesuatu yang ada pada awak, bukan sebab nak bersama-sama awak. Marah tak?

Jadi macam tu jugak la dengan kita. Kalau kita beribadat hanya kerana nakkan syurga yang dah dijanjikan, dah terpesong la niat tu. Jadi, berbuat baik la kerana nak dekatkan diri dengan Allah, nak dapatkan keredhaanNya, nak kan keampunanNya, nak berada di sisiNya.. :)


p/s: terima kasih awak =)




dugaan buat saudara baru, Adam Corrie.

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, February 24, 2013 0 orang berkata-kata

Macam ni ke layanan yang diberi kepada saudara baru kita? 





Bersabarlah wahai sahabat. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Jangan la terlalu racist.. tak bawa ke syurga pun bangsa tu. Yang ditanya nanti adalah agama, bukan bangsa. Kalau betul pun dia berniat tak baik, siapa kita nak menilai? Tapi insyaAllah, saudara baru ni memang ikhlas memeluk islam. Memeluk islam kerana Allah.




p/s: Sejak dia belum peluk islam lagi, saya memang dah suka tengok dia, muka menyenangkan hati. Alhamdulillah bertambah lagi saudara baru. :)



Friday, February 22, 2013

jadi bidan terjun masak kari ikan, tapi takde resepi.

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, February 22, 2013 0 orang berkata-kata
Harini saya masak lauk kari ikan. Dalam banyak-banyak lauk, lauk kari la yang paling saya kurang minat. Bila dah kurang minat, tentu la paling tak suka masak kan. Paling tak minat nak masak lauk kari la. Kalau tomyam ke, paprik ke, sambal ke, kicap ke, sup ke, ada la jugak saya tunjukkan minat nak masak. Patutnya mak yang masak lauk kari tu tadi..tapi disebabkan perut kak ipar dah sakit, nak keluar baby dah, maka emak pun menghantarnya ke hospital. Lalu saya dipertanggungjawabkan untuk masak lauk tersebut....gulp.

gambar pinjam dari google

Kari ni kalau salah masak, boleh buat sakit perut. Tu la yang mak cakap. Kalau masak tak betul, boleh buat orang keluar masuk tandas. Ha tu yang sey takutkan tu. Buek eh sey masak, sumo borobut tandas kang, nak jawab apo? Nayo den...tapi den masak la jugak. Ikut petua-petua yang mak bagi. Tumis kari sampai dah kaler gelap la, tunggu sampai pecah minyak la. Sey buat la semua tu. Dah siap. Sebelum hidang tu, tanya ayah dulu. 

"Ayah, ok tak lauk ni? Ke nak kena tambah air lagi, kot pekat sangat plak. Akak memang kureng sket masak kari ni.".
 "Tak pandai la kena belajar.", kata ayah sambil tersengih padaku.
 "Ok la tu. Dah, bawak luar, ayah nak makan."

Ha baru semangat sket nak masak kari lepas ni bila ayah kata ok. Tapi kan, untungnya la kalau dapat suami yang tak suka makan kari gak. Takyah la saya beriya sangat belajar masak kari. Sekadar tau pun cukup la wakaka. =)

Monday, February 18, 2013

kenang la jasa orang tua mu..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, February 18, 2013 0 orang berkata-kata
ihsan dari encik google


Masa awak belajar, awak minta laptop, minta henfon canggih. Awak kata susah la takde laptop, semua orang ada laptop. Semua orang buat assignment guna laptop sendiri je. Laptop tu penting. Henfon canggih boleh memudahkan kerja, boleh online. Sekarang buat kerja semua guna online.  Ayah bagi... ayah pun pakai nokia 3310 je.

Masa awak belajar, awak minta kereta, minta motor. Awak cakap kampus jauh la dari rumah sewa. Leceh naik bas tiap-tiap hari, kena berebut-rebut. Ayah bagi... ayah naik motor ex5 je pergi pekan.

Masa awak belajar, awak selalu sangat minta duit. Awak cakap, jadi student memang kena makan banyak. Kalau tak kenyang tak boleh belajar, tak boleh fokus. Ayah bagi duit banyak-banyak... ayah makan ikan kering je sebab nak jimat belanja.

Masa awak belajar, awak duduk rumah sewa yang boleh tahan mewah. Awak kata, duduk rumah kecik-kecik nanti sempit, nanti susah nak belajar. Ayah bagi... ayah duduk kat rumah kecik je. takpe, asalkan ada tempat berteduh.

Tapi pernah tak awak terfikir macam mana ayah nak dapatkan duit banyak-banyak tu nak support semua benda tu? Padahal awak tahu awak bukan keluarga orang berada. Besok kalau awak dah kerja, tak boleh bagi mak ayah duit tiap-tiap bulan, tak boleh support mak ayah, percaya la hidup awak takkan pernah senang.


p/s: hidup dalam rumah besar, makan mewah-mewah, pakai baju mahal berjenama, holiday sana holiday sini, tapi taknak pun ajak mak ayah. padahal dulu mak ayah tu la yang sanggup kerja dalam panas terik semata-mata nak sekolahkan awak je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review