Wednesday, December 25, 2013

Sephiasophia is coming back!

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, December 25, 2013 2 orang berkata-kata
Lama dah rasanya tak tengok blog ni..busy sangat la. Owh ye, sebelum terlupa, saya sekarang ni bertukar status dah. Ops! Bukan status bujang ke isteri orang, tapi dari pelajar dah bertukar ke pekerja :)

Setelah 6 tahun berhempas pulas dalam pelajaran, akhirnya saya officially graduated pada 19/Nov/2013 haritu. Sekarang ni saya bekerja di Putrajaya. Mai la sana. Tapi takde apa pun selain pejabat2 kerajaan tu ha. Dah 2 bulan dah saya kerja. Tu yang  takde masa langsung nak tinjau sini. Tapi takpe, lepas ni kalau free boleh la nak jenguk2 masuk sini kejap.

Hehe takde apa nak cakap dah. Tu je nak bagitau, saya dah jadi pekerja :) Bye bye, nanti jumpa lagi.

Wednesday, September 25, 2013

Jalan-jalan raya with friends..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, September 25, 2013 2 orang berkata-kata
Raya haritu pegi jalan-jalan dengan kengkawan sekelas. Tiga negeri diredah dalam 1 hari. Hebat..hebat.. Selangor, Negeri Sembilan, Johor. Tapi saya tak sampai la Selangor tu. Sebab kengkawan datang rumah dari Selangor, then terus pegi Johor. Skema ke saya bercerita? Never mind.


kat umah saya ler...:)


jawarian


sempat singgah pedas jap. nasib baik dah malam. kalau tak dah pegi mandi wetworld pedas dah hehe...

Bila la nak konvo ni..nanti boleh jumpa kawan2 lagi. Rindu plak tetiba..mm..


Saturday, August 31, 2013

bapo banyak jonih game bola kek Malaysia?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, August 31, 2013 2 orang berkata-kata


Sebona eh sey nak tanyo la, bapo banyak jonih game bola ado dalam Malaysia ni ha? Kojap Pialo Malaysia la, kojap Liga Pedano la, Liga Malaysia la, poning sey...

Cito eh camni..aritu sey pi kua makan ngan mak ayah, mo adik pompuan sey duo orang. Ari Selaso tak silap. Maso tu ado game bola Nismilan lawan Kelantan kek Paroi. Sey nak pi makan tu kek Seromban, lalu la Paroi. Maso lalu tu, punyo la ghamai umat eh..handa yo semangat orang nismilan ni kan. Dalam keto tu, sey donga la ayah mo adik pompuan sey yang sorang tu burak pasal bola. Poning donga eh..jap nia lawan nia la, nia kalah, nia monang. Boto sey tak paham do... Mulo2 tu ingek nak gak la sey donga cito eh. Dah lamo plak tak layan bola ni kan. Tapi tu la, lamo2 poning donga eh..awok tak paham, tak tahu ujung pangka, camno nak paham.

Berbalik soalan sey awal2 tadi, bapo jonih agak eh game bola yang ado kek Malaysia nia ha? Aritu donga eh dah lawan Pialo Malaysia kan? Yang baru nia sey donga game tuk Pialo Malaysia gak. Tu yang sey jadi tak paham tu. Yang JDT nak lawan maghin, yang ado kes kucing masuk stadium tu, ha yang tu game apo plak? Bukan tu ko final Pialo Malaysia eh? Takkan ado dua kali plak Pialo Malaysia tahun nia kan?

Sey ni nak kato minat bola tu, minat la gak...kalau Nismilan lawan la. Kalau team lain lawan sey tak layan do. Tu pun time Nismilan main, sey nengok yo la bola tu ke kiri ke kanan, ke kiri ke kanan. Kalau gol, jerit gol. Apo susah. Ha paham tak tu apo sey burakkan? Takpo, bawah nia ado translator eh.

Sebenarnya saya nak tanya la, berapa banyak jenis game bola ada dalam Malaysia ni eh? Kejap Piala Malaysia la, kejap Liga Perdana la, Liga Malaysia la, pening saya..

Cerita dia mcm ni..hari tu saya pegi keluar makan ngan mak ayah, ngan adik perempuan saya dua orang. Hari Selasa tak silap. Masa tu ada game bola Negeri Sembilan lawan Kelantan kat Paroi.Saya nak pegi makan kat Seremban, lalu la Paroi. Masa lalu tu, punya la ramai orang...kuat gak semangat orang Negeri Sembilan ni kan. Dalam kereta tu, saya dengar la ayah dengan adik perempuan sorang tu borak pasal bola. Pening dengar eh..kejap ni lawan ni la, ni kalah, ni menang. Betul saya tak paham...mula2 tu ingat nak gak la saya dengar cerita. Dah lama plak tak layan bola ni kan. Tapi tu la, lama2 pening dengar eh...awok tak paham, tak tahu hujung pangkal, camne la nak paham.

Berbalik soalan saya awal2 tadi, berapa jenis agak nya game bola yang ada kat Malaysia ni eh? Haritu dengar dah lawan Piala Malaysia kan? Yang baru ni saya dengar lawan game tuk Piala Malaysia gak.Tu yang saya jadi tak paham tu.Yang JDT nak lawan aritu, yang ada kes kucingmasuk stadium tu, tu game ape pulak? Bukan tu ke final Piala Malaysia? Takkan ada dua kali pulak Piala Malaysia tahun ni kan?

Saya ni nak kata minat bola tu, minat jugak la..kalau Negeri Sembilan lawan. Kalau team lain lawan saya tak layan. Tu pun kalau Negeri Sembilan main, saya tengok je la bola tu ke kiri ke kanan, ke kiri ke kanan. Kalau gol, jerit gol. Ape susah.

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, August 07, 2013 0 orang berkata-kata
Hari raya dah nak tiba..Ramadhan bakal meninggalkan kita. Sedih kan? InsyaAllah kita akan jumpa lagi pada Ramadhan tahun hadapan. :)

Di sini saya nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

pada awak-awak semua..

Berdebar-debar menanti kedatangan Syawal sebab ada orang nak datang rumah nanti. Urusanku akan berjalan hanya dengan izin Allah, insyaAllah..


Friday, July 19, 2013

dalam setiap perbuatan, kita perlu jaga hati ramai pihak.

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, July 19, 2013 0 orang berkata-kata
Rasanya semua dah tahu kisah Ashraf Muslim kan? Tapi kita hanya nampak luaran. Cerita di sebalik kisah nya kita tak tahu. Teringat satu kisah....

Dulu aku pernah jatuh hati dengan seorang lelaki
Berpewatakan alim, pakai serban
Aku jatuh hati dengan ilmu agama yang ada padanya
Semua orang panggil dia ustaz
Aku suka sebab ada orang yang boleh bimbing aku
Memang itu yang aku harapkan.

Satu hari dia datang ke rumah
Berjumpa orang tuaku, ingin merisikku
Tapi orang tuaku meminta dia menangguhkan hasratnya
Memandangkan aku masih dalam kuliah
Orang tuaku meminta dia datang kembali
Pabila sudah habis kuliahku.

Aku tak tahu, mungkin dia kurang sabar
Dia mengajak aku untuk bernikah di Thailand
Aku bingung...boleh ke?
Katanya, selepas bernikah aku di bawah tanggungjawabnya
Jadi tak mengapa kalau aku mengikutnya.

Tapi aku fikir, sepanjang perjalanan ke Thailand nanti aku belum bernikah
Aku masih lagi di bawah tanggungjawab orang tuaku
Kelak kalau berlaku apa-apa padaku
Orang tuaku kan yang akan bertanggungjawab? Bukan dia.

Memang, bila dah bernikah nanti aku di bawah tanggungjawab dia
Tapi apa perasaan orang tuaku nanti
Bila mengetahui aku bernikah senyap-senyap tanpa pengetahuan mereka?
Apakah aku tega melihat mereka bersedih?
Apakah aku tega melihat mereka menjadi bahan perbualan orang ramai
Atas perbuatanku sendiri?

Memang, bila dah bernikah nanti syurgaku terletak di bawah telapak kaki suami
Tapi orang tuaku adalah darah dagingku sendiri
Aku tidak tega melihat mereka berkecil hati kerna perbuatanku.

Aku juga berfikir, dia tak peduli tentang perasaan orang tuaku
Sebab tu dia tega mengajakku untuk bernikah di Thailand
Bukankah itu mementingkan diri sendiri namanya?

Akhirnya aku buat keputusan untuk tidak mengikutnya
Dan memutuskan hubungan dengannya
Kalau dia sanggup untuk memiliki ku secara kasar
Mungkin kelak dia sanggup untuk membuangku dengan kasar juga
Kalau dia tidak bisa hormat pada orang tuaku
Bagaimana aku bisa hormat padanya kelak, sebagai suami?




Yang menjadi persoalannya, Wan Sakinah tu kahwin kat Thailand, keluarga dia tahu tak? Kalau tak, dia terfikir tak tentang keluarganya sebelum pergi Thailand tu?

Yang kedua, Ashraf dah buat permohonan poligami, tapi sebelum dapat keputusan dia dah kahwin dulu. Kenapa?

Yang ketiga, memang tak salah pun poligami tanpa minta izin isteri pertama. Dalam islam takde syarat kena minta izin kan? Undang2 Malaysia je yang buat kena minta izin isteri pertama tu. Betulkan saya kalau saya salah. Tapi yang jadi masalah dan mungkin satu kesalahan, Ashraf dah melukakan hati ramai orang. Dayana dan keluarga dia sekali.


p/s: dah selamat kahwin dah pun..semoga Ashraf Muslim dapat berlaku adil dengan kedua-dua isterinya. Dayana, tabah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review