Friday, February 8, 2013

pengalaman kerja kat hotel 4 bintang

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, February 08, 2013
Weekend yang baru-baru ni saya ada buat kerja part time kat hotel, bahagian bauquet. Dua hari, sabtu ahad.  Saya tak pernah rasa kerja macam ni, tak tau la memang sume hotel macam tu ke tak kan, tapi yang pasti memang sangat penat!


ballroom hotel


Hari Sabtu.
Masuk kerja pukul 10 pagi, then terus buat kerja angkat-angkat pinggan mangkuk kotor atas meja tetamu. Biasa la kan kerja tu. Then pukul 12, event tu abis. Terus sambung kerja setting ballroom sebab malam tu ada event company cina. Terus buat kerja, non stop. Takpe, saya ok je buat kerja ni sebab kalau takde buat pape, rasa cam boring pulak takde kerja. Pukul 2, diorang suruh pegi makan. 2.45 dah kena ada dalam ballroom balek tuk sambung buat kerja. Ada masa 45 minit, sempat la saya pegi solat, pastu pegi makan. Ow, makanan disediakan tau kat dewan makan. So kalau lambat, memang tak dapat sebab dah tutup. Pukul 2.45, sambung buat kerja non stop. Event tu pukul 7.45. Biasa la, bila dah petang, banyak benda tak setting lagi, so agak kelam kabut sket. Mula la sume orang nak marah-marah. Yang jadi mangsa, kami. Buat je kerja nonstop sebab nak siap sebelum pukul 7. Pukul 7, settle. Pastu kami dibagi masa 25 minit, meaning 7.25 dah kena ada dalam ballroom, masa untuk makan. Masa tu, saya pegi solat Asar. 25 minit, dah tentu tak sempat makan sebab nak pegi surau pun take time. Tapi takpe, saya ok je sebab saya percaya Allah akan bagi kekuatan tuk buat kerja even tak makan pun. Lepas Maghrib, pergi serve orang. Setiap sorang dapat satu meja. Chinese food style, tahu je la macam mana kan, kena tukar satu-satu setiap hidangan. Ada 12 jenis makanan, maknanya 12 kali la kau ulang-alik keluar masuk dapur. Habis kerja, pukul 11. Tu pun ada budak yang sambung, kira overtime la. 13jam kerja nonstop.

Hari Ahad.
Masuk kerja pukul 8 pagi. Kami je yang datang pagi. Budak lain masuk petang. Buat kerja, setting ballroom non stop sampai pukul 4. Pukul 4 saya mintak izin jap nak pergi solat sebab kerja dah kurang. Sambung buat kerja, then pukul 6 pergi solat asar. Supposedly kami kerja sampai pukul 4 je sebab dah bagitau sebelum tu boleh kerja sampai petang je, sebab tu masuk awal pagi. Tapi disebabkan banyak lagi benda tak setting, tak sampai hati pulak nak tinggalkan. Hari ni event orang Melayu, event askar, so mula lambat sket la sebab nak solat Maghrib dulu. Tapi bila dah pukul 6, kerja pun dah kurang, kami mintak balek sebab dah penat sangat kerja dari pagi pukul 8. Mula-mula dia tak bagi, then kami minta dari bos besar OM (Operating Manager), terus dapat. Sebab dia saksi kami datang awal pagi tadi. Last-last punch pukul 8 malam. 12jam kerja nonstop.



Ok kat sini saya bukan nak mengumpat ke apa kan...kalau ada staf dari hotel tu yang terbaca blog ni, lagi bagus, boleh gak korang nak improve management especially masa ada event kat ballroom tu kan.

1. Patutnya dari awal mula kerja men'setting' lagi dah bahagi-bahagi kerja dan tahu apa nak kena buat. Bukannya setakat bagi arahan buat ni buat tu, then ada kerja yang terlepas pandang. Bila dah dekat masa event, baru perasan owh ni tak buat lagi, tu tak buat lagi. Kan dah kelam kabut.

2. Pekerja orang bawah macam kami ni pun manusia gak. Patutnya kena ada la masa makan yang betul, masa solat. Orang bawah bukan robot. Ni nak pegi toilet pun tak sempat.
3. Kena 'be nice' dengan semua orang. Memang kami orang bawah, tapi tak perlu nak panggil balaci kan. Kalau haritu kami semua boikot taknak kerja, terus balek je lepas makan, tak ke haru?
4. Tak semua orang atas macam tu. Bos besar yang OM tu ok je...ni yang bukan bos, tapi yang jadi leader kami buat kerja tu yang lebih-lebih.

5. Owh, saya dah check dekat internet, hotel ni hotel 4 bintang. Hotel 4 bintang memang takde waiter/waitress yang terlatih eh? Ada ke patut kitorang yang dah buat kerja dari pagi ni disuruh serve orang, jadi waiter/waitress. Dah la takde pengalaman langsung. Badan pun, tau je la kalau dah kerja dari pagi camne. Takde la, kalau korang, dah bayar mahal-mahal, tapi servis tak bagus, memang korang pun cam tak puas hati kan?

Mm tu je la..harap-harap hotel tu dapat tingkatkan pengurusan nya. Malu la hotel 4 bintang tapi pelanggan tak puas hati. Saya pulak yang malu.



4 orang berkata-kata:

Anonymous said...

Aslamuaikum nama ku hidayat pengalaman saya lagi penat lah sudah 5 tahun ku kerja sebagai stewerd basuh pinggan seorang seorang ku sudah 28 tahun anak sulung belum menemuai jodoh untuk kahwin 😭😭 di daerah kota tinggi Johor bahru langsung tiada budak parktime semua orang lari anak muda gak minat kerja stewerd basuh pinggan impian ku 1 je ku nak jadi manusia paling umat di alam muka bumi ni😡gak tidur setahun

Anonymous said...

Saya balik kerja basuh pinggan hotel terus ku niaga satay tolong emak dari pukul 6 pagi sampai pukul 2 pagi malam tak duduk duduk penatkan 😤

Anonymous said...

Saya akan panggil kawan kembar ku sebalik cermin ku dayasmiles

Anonymous said...

Kawan saya dayasmiless manusia paling balik tak akan ikut cakap seluruh manusia di muka bumi hanya ikut cakap hati jiwa rohani mengenal diri nya juga ikut cakar tuhan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review