Saturday, March 2, 2013

Sebab sebenar kenapa lelaki tak suka ikut pergi shopping

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, March 02, 2013
Semalam saya pergi keluar beli barang-barang nak masuk sem baru ni. Ajak mak, adik pun ikut sama. Ajak ayah, ayah cakap malas nak ikut. "Pergi la bawak keta tu pergi bertiga, ayah nak rehat jap." Tapi mak pujuk ayah gak suruh ikut hihi...ayah pun ikut la.

Sampai kat tempat nak beli barang, saya ngan adik pun start la jalan-jalan cari barang. Mak pun tengok-tengok gak. Tempat pertama, tempat baju-baju. Pilih tu pilih ni, try tu try ni. Biasa la perempuan kalau nak beli barang, mesti kena pilih-pilih dulu, aktiviti wajib. Ayah hilang ntah kemana. Tengah pilih tu pilih ni, ayah datang bawak 1 kotak kecik, masuk dalam stroller, pastu hilang. Berapa minit pastu datang balik bawak 1 baju, masuk dalam stroller.

"Tu ayah maleh nak ikot shopping tu. Abih duit yo." Mak dah gelak-gelak ngan saya.

Pastu pergi tempat barang-barang lain. Tempat makanan, toiletries, accessories. Ayah datang lagi bawak 1 barang, masuk dalam stroller. Jalan-jalan lagi, ada lagi barang dari ayah masuk dalam stroller. Kitorang dah senyum-senyum dah ni. Dah ada semua barang yang nak, pegi kat cashier. Bila dah bayar, banyak barang ayah macam banyak barang kami yang nak masuk sem baru ni hihi..



Ni la sebab sebenar kenapa lelaki tak suka pergi shopping kan kan kan? Ngaku je la yang orang lelaki kalau shopping lagi hebat dari perempuan... :)

0 orang berkata-kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review