Again, soal kahwin dipertimbulkan jadi isu. Tapi kali ni not with my mom, but my brother.
Angah: Kau kalo nak cari suami kena cerewet sket, kena memilih. Kalo lelaki takpe, sebab dia yang didik isteri. Tapi perempuan, suami yang didik. So kena cari betul-betul.
Aku: Memang la.. yang penting, jaga solat.
Angah: Tanggungjawab pun penting gak, kena tengok tu. Kalau lelaki tu sembahyang cukup, tapi tak bertanggungjawab, anak bini terabai pun tak boleh gak.
Aku: Ye la... tak nak la orang yang pentingkan akhirat sahaja. Kena seimbang la dunia akhirat. Dapat yang senang kautim pun lagi bagus haha.. tapi susah nak cari laki camtu sekarang..
Angah: Member angah ramai macam tu.. meh sini angah carikan tuk kau.
Aku: Err...
Teringat aku cerita Quran Buruk lakonan arwah M. Rajoli. Dalam cerita tu, dia seorang yang alim. Tapi dia terlalu kejar akhirat, bagi ceramah sana sini tapi anak isteri kat rumah terabai. Mungkin dia lupa nak bagi didikan kat rumah. Bukan salah dia 100%, tapi kita boleh ambil sebagai pengajaran.
Monday, October 10, 2011
Friday, October 7, 2011
simple vs complicated
Aku ni jenis yang simple je..
Makan pun simple
Pakaian pun simple
Ada la lilit-lilit selendang gak.. tapi still simple
Aku tak suka Subway, sebab burger dia complicated sangat
Kalau pergi McD, aku ambik McChicken je
Burger yang paling simple
Kalau pergi Tutti Frutti, lagi la simple aku ambik
Barang perhiasan? pun simple gak..
Tapi dalam banyak-banyak hal
Ada satu je yang aku tak simple..
HATI. Yeahh.. bab hati aku sangat complicated. Perasaan aku suka bermain sesama sendiri. Kalau aku buat sesuatu, kadang-kadang ikut perasaan, kadang-kadang di luar perasaan. Aku rasa sesapa yang rapat dengan aku pun susah nak tafsir hati aku ni camane, especially about LOVE. Ok bila masuk bab LOVE je tak nak cerita dah. Bye.

Tuesday, October 4, 2011
jaga budak pun best jugak
Semalam singgah Taska tempat kak ipar aku jaga. Bawak la budak-budak ni pergi playground jap, sementara tunggu nak pukul 6, time kak ipar habis kerja. Seronok gak berada di kalangan budak kecik ni, haha. Ada yang panggil aku 'aunty', ada yang panggil 'cik'. Nasib baik takde yang panggil akak, kalau tak memang aku dah perasan muda dah. Yela budak paling besar umur 6 tahun.. yang paling besar. Tapi kelam kabut gak terkejar sana sini... yela budak-budak ni bukan tau bahaya. Yang diorang tau main je. Aku la yang kena larang "Eh jangan main ni", "Eh jangan panjat sini", "Eh jangan buat macam tu". Tapi tak semua.. yang kecik-kecik je aku larang. Yang dah besar 6 tahun tu, aku cakap macam ni je. "Main la.. kang jatuh padan muka.."
Tapi part paling tak leh blah, bila gaduh semua datang ngadu kat aku, haha! Tak kan nak backup mana-mana plak kan, tak fair la. Aku cuma boleh pujuk je. "Budak lelaki mana boleh nangis, malu la kawan-kawan tengok..", sambil usap-usap kepala dia.
Pengalaman menguatkan cita-cita aku nak buka Taska sendiri la, hihi. Tapi bila dah buka Taska sendiri nanti, satu je aku tak tahan. Nak basuh berak diorang. Alah aku lemah tul part ni... nanti aku nak ajar diorang basuh berak sendiri la, senang sket. Mesti parents diorang bangga nanti, anak umur 2-6 tahun dah basuh sendiri, hehehe!

Sunday, October 2, 2011
mengada-ngada..
belajar tak jauh mana pun
tapi homesick gak, mengada
dah la duduk rumah abang
tapi homesick gak, mengada
sebahagian family depan mata je
tapi homesick gak, mengada
kalau takde kredit, guna je kredit abang nak kol umah
tapi homesick gak, mengada
minggu lepas family baru je datang sini
tapi homesick gak, mengada
arrghh, nak balik rumah la!
Saturday, October 1, 2011
ibu bapa patut jadi kawan anak-anak
Semalam aku tengok cerita 'Aku Tak Bodoh'. Ok cerita tu dah lama, tapi aku baru tengok semalam. Mengisahkan kehidupan anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sangat sibuk dengan kerja, tak dapat kasih sayang yang sempurna. Sedih gak la cerita tu, menangis touching aku tengok. Daripada cerita tu, aku dapat satu pengajaran, ibu bapa patut jadi kawan kepada anak-anak (daripada anak-anak berkawan dengan orang tak senonoh kan?)
Minda budak-budak (or remaja) sekarang, tak sama dengan minda budak-budak dulu. Budak-budak sekarang lebih kreatif dan inovatif. So kita kena gunakan apa yang diorang ada tu ke arah kebaikan. Contoh dalam cerita tu, Roy ni pandai ber'blogging'. At the same time, dia terer gak la bab-bab komputer ni. Tapi parents dia tak pernah hargai apa yang dia minat, apa yang dia pandai. Bila dia betulkan laptop ayah dia, kena tuduh rosakkan laptop plak. See?? Ayah dia tak menghargai apa yang dia buat. Kawan dia, Din pun sama. Minat lawan-lawan (tak tau nama,boxing kot?), tapi ayah dia tak pernah support kalau dia nak berlatih dengan cara yang betul. Last-last, berlatih dengan cara gaduh ngan samseng.
Bila mereka berkawan dengan budak-budak luar yang agak liar, diorang support apa yang mereka buat. Dari situ la mereka mula meminggirkan family dan anggap kawan-kawan lah family mereka. Sebab kawan-kawan memahami minat mereka.
So pada aku, walaupun aku tak kahwin lagi, tapi sebagai remaja masa kini, parents memang patut jadi kawan anak-anak. Parents patut cuba memahami apa yang menjadi minat anak-anak, then try support apa yang mereka nak buat. As long as tak memudaratkan and tak membawa keburukkan la. Tapi bukan support membabi buta je. Support dengan cara mengawal pergerakkan anak-anak supaya tak buat sesuatu yang tak senonoh. Parents yang makan asam garam kehidupan dulu, so tak dinafikan parents yang tahu buruk baik sesuatu. Jadi gunakan pengalaman tu untuk jadi kawan kepada anak-anak, guide mereka. Tapi jangan paksa mereka untuk buat sesuatu yang mereka tak suka, nanti berlaku pemberontakan. Sekian terima kasih.
p/s: Nasib baik la mak aku ok, boleh la nak kautim-kautim.
p/s: Nasib baik la mak aku ok, boleh la nak kautim-kautim.
aku suka dia ni, aeril zafril, hik3
Subscribe to:
Posts (Atom)