Saturday, November 26, 2011

Provokasi Indonesia nak tarik kemenangan Malaysia dalam bola Sukan Sea

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, November 26, 2011 2 orang berkata-kata



Hari tu masa tengok live bola kat TV3, Malaysia lawan Indonesia untuk Sukan Sea ni, saya perasan coach Malaysia marah-marah masa dah habis game. Pelik gak saya, nape coach marah-marah ni padahal dah menang? Then saya dah dapat jawapan. Tak tahu la kot orang lain dah lama tahu kan.. cam biasa la saya lambat sket hehe. Nak buat camane orang busy memang camni hihi. Rupanya................................. lepas habis je game, staff@krew Indonesia terus turun untuk buat doping test kat pemain Malaysia. Patut la coach marah-marah. And saya dengar doping test tu dibuat untuk pemain Malaysia sahaja. Why? Tak percaya pemain Malaysia still bertahan sampai habis game? Provokasi provokasi.. ni saya sempat snap komen-komen yang mungkin membina dan mungkin berguna untuk kita jadikan sebagai pengajaran. Komen-komen mencarut maleh la ai nak layan..









Kita jangan buat orang lain macam ni pulak lepas ni.. Layan la tetamu dengan baik. Sedangkan kalau musuh yang datang pun kita kena layan baik-baik gak kan?


Friday, November 25, 2011

Cheating?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, November 25, 2011 3 orang berkata-kata


Kadang-kadang kalau setia sangat pun tak leh gak kan. Contoh la, kalau si lelaki ni memang setia abis la kat girl dia. Yang girl ni pulak memang tahu lelaki ni memang seorang yang setia. Tak kira apa dia buat, lelaki ni memang akan memaafkan dan takkan tinggalkan dia. So rasa-rasanya girl ni berani tak nak pasang lain? Pergh memang tak sayang la kalau camtu kan..

So kesimpulannya, kita kena ada backup lover. So andai terjadi pape, ter'clash' ke, ter'break' ke, tak la frust sangat kan... haha. 

Sape yang baca ni konfem tak nak kat aku dah ni, takut diduakan hihi.. harap jangan lurus cam pembaris sangat ye.

tak bestnye kena balik naik bas...

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, November 25, 2011 0 orang berkata-kata
Minggu ni nak balik rumah, tapi abang-abang semua tak balik. So saya kena balik naik bas sorang-sorang, tak bestnye... Kalau balik naik bas, kena balik Sabtu siang. Pastu balik kolej Isnin siang, tak best tak best. Saya nak balik malam, tapi takde tiket malam la pulak..


Bak kata kawan saya, "Ko angkut la uitm tu kat sebelah umah ko".


Wah kasar giler gurau, hampas tul cik Ayu ni.. Tapi memang betul pun, sebab saya balik rumah tiap-tiap minggu dah hehe.. Minggu ni tak plan pun nak balik. Tetiba baru tahu yang isnin cuti, tu yang terus nak balik tu. Kenapa? Nak cakap saya lambat, tak tahu isnin cuti? Lecturer saya lagi lambat tau. Dia tak percaya isnin cuti, dah berdebat dah dalam kelas ari tu. Ntah-ntah isnin ni dia datang kelas sorang-sorang hehehe...


Ok lah saje je nak membebel sat..malam ni nak test, tapi otak dah penat study. So nak relax la sket..




p/s: Saya menggantikan perkataan 'saya' untuk 'aku' sebab rasanya readers saya ada yang berumur lebih tua dari saya.. So lagi sopan la kalau guna 'saya' kan =) terima kasih.

Sunday, November 20, 2011

For the rest of my life.. I'll be loving you

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, November 20, 2011 0 orang berkata-kata




I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

I know that deep in my heart..




p/s: tak tahu la aku boleh jadi isteri yg solehah, yg baik, yg mithali ke tak nanti.. insyaAllah...



Saturday, November 19, 2011

penat gak kenduri tunang ni, fuh..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, November 19, 2011 3 orang berkata-kata
Fuh penat penat... abang yang tunang, tapi aku plak yang penat lebih-lebih. Mana tak nya, abang aku mana la buat kerja-kerja orang perempuan siapkan hantaran. Yang tolong racik bunga rampai, aku la orangnya. Buat sorang-sorang plak tu. Start kul 12.30 malam, aku tido kul 4 pagi. Tapi kalau tak tolong pape, takkan rasa la suasana kenduri kan...


Pagi-pagi lagi ayah aku dah kejut semua orang bangun.. yang solat subuh semua tido balik, tu yang ayah aku bising tu hehe. Yela kul 10 orang dah nak baca doa, maknanya kul 9 lebih mesti la orang dah ramai datang. Tapi ada makcik-makcik yang datang kul 7, kitorang tengah lepak-lepak baring lagi kat depan tu. Tido ramai-ramai kan. Bila makcik-makcik tu datang, baru la semua nak bangkit sebab segan hihi..













Owh lupa nak bagitau.. makcik-makcik tu datang awal sebab nak tolong masak. Kawasan rumah aku still amalkan rewang. Tau rewang?? Ala yang masak beramai-ramai, tolong menolong kalau ada kenduri tu.. kira kitorang memang tak guna catering la.


Hehe masa nak pergi rumah perempuan tu, aku tolong bawakkan hantaran sirih junjung. Cincin, tapak sirih orang tua-tua tolong bawak.. simbol adat la katanya.. pastu aku tanya mak, "Mak, boleh ke akak yang bawak sirih junjung ni? Ke nak kena orang veteran gak yang bawak?"


"Boleh je.. dia kalau sape yang bawak sirih junjung masa hantaran, maknanya lepas ni turn dia plak". Wah, mak aku nak sangat aku kahwin ni. Tapi mak memang nak aku kahwin awal dow.. dulu lagi mak dah pernah cakap, paling lambat pun kahwin masa umur 25. tapi tu pun dah lambat dah tu.. elok umur 23 dah kahwin. Pergh.. tau tak aku umur 23 bila? Tahun depan beb.. tahun depan. So jangan terkejut plak kalau tetiba aku dah kahwin tahun depan tau, haha! Eh tak tak... tipu je. Mak memang la nak awal, tapi ayah aku berbeza pendapat plak. Ayah, lagi lambat lagi bagus agaknya pada ayah.. berbeza kan pendapat lelaki dengan perempuan? Aku? mesti la sama dengan mak hihihihihi.... tapi belum ada jodoh lagi.


Ok dah dah stop stop... taknak cakap lagi dah.




p/s: kepada siti, kalau nak tengok more pic, tgk kat aku je la eh.. segan plak nak upload byk gambar sbb bukan majlis aku kan hehe.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review