Wednesday, March 14, 2012

ubat baru, pengganti panadol

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, March 14, 2012 2 orang berkata-kata
Tau tak sekarang ni kalau demam, badan panas, tak payah nak makan ubat panadol lagi? Makan je buah betik, minum air 100 plus, insyaAllah kebah demam tu.. tapi tu pun dengan izin Allah s.w.t. Masa nak makan tu, baca doa "Ya Allah, sesungguhnya Engkau lah yang berkuasa menyembuhkan segala penyakit". Ataupun baca je apa-apa minta Allah yang sembuhkan.. 

Saya sekarang ni memang tak nak biasakan badan ni dengan ubat hospital.. budak farmasi pun cakap panadol tak bagus. Memang panadol melegakan, tapi effect masa panjang tu kita tak tahu.... yang saya tau, memang tak bagus. Lagipun, saya memang tak suka makan ubat. So sekarang dah ada reason yg kuat kenapa saya tak nak makan ubat. Ok tu je nak share.. bye =)


p/s: ada orang cakap kat saya, "I thought you are a modern.".. owh bukan, saya perempuan kampung je. Saya bukan up-to-date punya orang ;p

Sunday, March 11, 2012

benda menarik kat Singapore

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, March 11, 2012 0 orang berkata-kata
Ok harini nak share gambar-gambar yang saya rasa agak menarik kat Singapore.. negara lain tak tahu sebab tak pernah pergi lagi.




Ni toilet yang berada kat tengah-tengah ruang bangunan


recycler.. style kan? 


ni sebenarnya lantai dari tingkat atas yg lut sinar.. boleh nampak bawah


replika makanan yg diletak depan restoran


sos mcdonald yg tak sedap.. tengok kaler die, lain kan?


kedai kek durian.. semua kek perasa durian


saya suka main menda alah ni, touch screen tu haha.. kat toilet je pun


style tak? sbnrnya nak bgtau yg kat bawah tu ada tisu


origami kat airport


 tau tak game yg susun-susun tu? ha ni kat airport.. bosan2 menunggu tu main sat


 kerusi je pun..


ni pun game gak, game teka-teka...


percaya tak ni kat atas bangunan yg atas sekali tu?
30%-40% drpd lantai tu adalah air


Ni sebahagian je.. ada lagi yang menarik, tapi takde gambar la. Tau tak kat Sinagpore ada kereta yang pakai no plat merah? Kereta yang pakai no plat merah tu boleh keluar waktu malam je, dari jam 6.00 pm sampai 6.00 am. Kalau tak silap, road tax dia lagi murah hehe.. Ok tu je setakat ni.










family @ pelajaran, mana lagi penting?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, March 11, 2012 0 orang berkata-kata



Jumaat hari tu saya pergi Ipoh, melawat kawan punya mak. Kawan tu nak cuti satu semester sebab nak jaga mak dia. Saya bangga dengan dia.. even pelajaran tu penting dalam kehidupan, tapi family lagi penting. Mak dia takde keupayaan nak bergerak, so perlukan perhatian penuh dari orang lain. Ayah kerja jauh, kat KL.. Kalau ayah dia yang berhenti kerja, lagi susah. Sebab tu dia buat keputusan nak cuti satu semester, tapi ayah dia cam tak bagi. Jadi dalam proses perbincangan lagi.. borang nak cuti dah isi, cuma belum hantar lagi.

Hari tu pergi dengan klasmate, pergi 4 kereta 16 orang.. Dua orang je perempuan, saya dengan kawan lagi sorang. Kawan-kawan perempuan lain tak dapat ikut sebab masing-masing ada hal sendiri. Kami berdua je yang free. Nak cakap ngan mak pun serba salah nak pergi Ipoh tu, yela berdua je perempuan kan.. tapi nasib baik mak izinkan. Setakat yang saya kenal, kawan-kawan laki saya semua baik-baik, insyaAllah... takde lagi saya jumpa kawan laki yang nak amek kesempatan. Semuanya tahu batas, hormat kami orang perempuan ni. 

Berbalik kepada kawan saya yang nak cuti tadi, saya doakan mak dia cepat sembuh.. saya cakap ngan dia, jaga mak baik-baik, jangan rasa down. InsyaAllah anak yang berbakti kepada orang tuanya, Allah permudahkan jalan...

Saturday, March 10, 2012

bermulanya semester baru =)

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, March 10, 2012 0 orang berkata-kata
Assalamualaikum...


Saya dah masuk semester baru ni, minggu ni dah mula kuliah dah. Saya agak suka dengan jadual semester ni sebab hari Isnin ade satu kelas je muahaha.. telah diketahui bahawa hari Isnin adalah hari kemalasan bagi semua (mungkin tak bagi sesetengah orang) sebab baru habis cuti kan. So bila ade satu kelas je, takde la saya malas sangat nak pergi kelas nanti kan. Dan dan dan... saya takde kelas sampai kul 6 sem ni, bukan cam semester lepas, 2 hari kelas sampai kul 6. Harap-harap lecturer tak tukar jadual la kan. 


Moga-moga saya lebih tabah dan lebih sabar nak hadapi semestar baru ni. Makin nak habis belajar, makin malas pulak rasa. Sabar sabar.....



Friday, March 2, 2012

jangan takut

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, March 02, 2012 0 orang berkata-kata
Betul la apa yang kawan saya katakan.. memang Allah yang menentukan, tapi kita kena merancang dan berusaha.

#jangan takut untuk terima jodoh yang ada
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review