Wednesday, September 28, 2011

aktiviti seorang student

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, September 28, 2011 0 orang berkata-kata
Aktiviti hari semalam. Malam sebelum hari aktiviti:-


Ayu: Beb, ko nak ikut tak besok? Pergi Cerakah?
Aku: Balek malam tak ayu? Kalo balek malam aku tak dapat ikut la..
Ayu: Ko giler? Tengah hari dah balek la.
Aku: Hehe ok2.. sok amek aku kat kampus.





Pada hari aktiviti, jam 9.00 pagi bergerak ke Cerakah. Sampai-sampai je, kena mendaki bukit yang sangat la lama aku rasa nak sampai ke destinasi. Bila sampai je, swimming pool! Tapi kami tak swim.. budak laki je yang swim. Kami 'usha' dari tepi je sambil main-main air ala-ala gadis melayu lama gitu..


Lebih kurang jam 12.10, siap-siap nak berangkat pulang. Sampai rumah, makan, solat, tidur jap. Jam 3.00 petang bergerak ke kampus nak buat assignment. Dalam library:-


Ayu: Kita nak buat assignment mana dulu ni? Control ke power system (nama subjek)?
Aku: Entah la...
Ayu: Buat Control dulu la.
Aku: Ok...




Beberapa minit kemudian:-


Aku: Kenapa aku cam blur tak paham pape ni?
Ayu: Aku pun.. maybe sebab kita penat kot. Buat next time la (sambil tersengih kat aku)




Then sambung borak-borak, mesej-mesej, pukul 5.00 petang balek. Sampai rumah je, akak ipar plak:-


Kak ipar: Kak, jom pergi Tutti Frutti malam ni kat seksyen 7. Baru buka kat situ, malam ni Ladies Night dapat murah sket.
Aku: Jom!




Anak buah aku nye


Kak ipar


Akunye simple je.. tak suka byk bahan.








Lebih kurang jam 8.15 malam, bergerak ke Tutti Frutti. Then pergi stadium UiTM tengok abang aku main bola. Jam 11.00 malam, balek tapi bukan ke rumah. Singgah FunFair jap. Main 2-3 game, pastu balek rumah. Sampai rumah dalam pukul 12 lebih. Balek, solat, tidur.


So mana masanya untuk belajar?




p/s: Sebelum belajar jangan keluar berjalan dulu, nanti penat dah tak boleh berfikir.





Monday, September 26, 2011

siapa bakal suami saya ni?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, September 26, 2011 2 orang berkata-kata
 
Hari ni aku nak bincang soal jodoh. Soal mencari calon suami or calon isteri. Tapi disebabkan aku ni perempuan, so aku nak cite soal mencari calon suami. Ingat nak cari calon isteri je ke susah ha? Nak cari calon suami lagi payah tau. Orang kata, sekarang ni susah nak cari perempuan yang betul-betul layak sebagai seorang isteri. Sebab perempuan sekarang tak pandai masak la, terlalu social la, tak pandai basuh baju la, tak bersedia nak ada anak la. Korang kan nak cari isteri yang perfect abis je…

Nak cari calon suami lagi susah tau.. Sebab perkara pertama yang nak dititikberatkan ialah agamanya, solatnya. Orang lelaki ni bukannya tak solat langsung, diorang solat. Tapi cam….mm… Contohnya kalau tertinggal subuh, dia tak rasa bersalah langsung. Kalau satu hari tu tertinggal satu waktu, dia relaks je.. tak rasa bersalah. Paham tak maksud aku? Maknanya dia solat, tapi dia sambil lewa, ha lebih kurang macam tu la. Susah nak cari lelaki yang utamakan solat.. Yang solat last minit ramai la.

Lagi, nak cari calon suami kita kena tengok gak sumber rezeki dia. Kalau keja polis, mm….. Konfem tak dia bersih dari rasuah? Walaupun sikit? Aku pernah dengar cerita, ada seorang lelaki ni dulu dia berjawatan besar. Tapi aku tak sure dia kerja apa. Tapi agaknya dia belajar ilmu agama then dapat hidayah, dia tinggalkan kerja dia yang gaji besar tu, pastu buka gerai jual burger. Bila orang tanya kenapa, dia jawab mudah je. “Nak cari rezeki yang dijamin halal, insyaAllah.” Ye la selalunya kan bos-bos besar ni goyang kaki je, tapi duit masuk banyak. Orang bawah yang bertungkus-lumus buat kerja duit masuk sikit je… =(

Satu lagi point, sekarang ni ramai je lelaki yang pura-pura alim. Tak pun yang alim, tapi suka merendah-rendahkan orang lain. Ye la kita ni ilmu kat dada seciput je… Perlu ke nak pandang rendah kat orang lain?

Nak cari suami, kalau aku tak nak lelaki yang asyik nak marah-marah je.. Memang la kita kena terima dia seadanya, tapi kalau dah panas baran sampai naik kaki tangan, camna? Macam dah salahgunakan kuasa suami je. Sekarang ni susah tau nak cari lelaki yang lembut pertuturannya, tapi tegas setiap tindakannya. Paham? Maknanya lelaki yang jaga bahasanya, nak tegur kita pun cara yang berhemah, bukan main serang macam tu je. Ni tak, kebanyakkan (ke semua?) lelaki suka sangat mencarut. Tak suka ah. Kita ni kalau nak tegur kesalahan orang, kalau boleh jangan sampai orang tu terasa/kecik hati. Kalau tak pandai, baik suruh orang lain yang tegur, or tak payah tegur langsung. Tapi kalau tak nak tegur, jangan salahkan dia la kalau dia buat salah yang sama je.. sapa suruh tak tegur.

Aku ngan mak selalu je bincang pasal hal ni sekarang ni. Ye mak saya sporting. Ala aku dah 20 lebih kot, tak salah pun bincang hal kahwin dengan mak. Bukan sebab gatal, tapi sebab masa  depan. Selalu pun mak aku yang start dulu cakap pasal kahwin. Ala bincang je, bukan ada calon pun lagi. Aku pun sekarang ni dah serah kan soal jodoh kat takdir. Kawan-kawan tu ada la.. tapi takde lagi yang.. “Dia ni kalau jadi suami aku bagus gak”. Ha takde lagi yang macam tu..  Susah kan nak suka kat orang? Ada yang suka, bila tengok je, mak haih hensem plak mamat ni. Tapi bila dia nak rapat ngan kita, kita plak tak nak. Sebabnya, kerja dia tak tahu sumber halal haram. Benda yang boleh elak, baik aku elakkan.

Kadang-kadang aku pun risau gak, asyik takde yang melekat kat hati je.. mak aku pun dah bising-bising, kalau ada orang nak kawan tu kawan je la, jangan asyik tolak je. Tapi dah hati tak suka kan? Nak buat camne hehehe...

p/s: moral of this story, habiskan belajar dulu.



mari belajar loghat negeri sembilan

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, September 26, 2011 30 orang berkata-kata
Den ado soghang kawan ni ha, namo eh S. Den maleh nak sobut namo ponuh eh, kang banggo lak deh, kombang lak idung eh kang tak kuncop-kuncop. Da la omak den memang pangge eh Cik S Wan Kombang. Dio ni la kawan den sojak sekolah rondah maghin. Tapi maghin den tak rapat bona ngan dio ni. Stat pas sekolah ni ha den mulo rapat. Dio ni ngan den peraghai eh lain macam sket, lagi-lagi sekaghang ni ha, godik semacam yo den nengok. Bungo-bungo ati eh setiap kali jumpo den. Tapi den tak kisah la. Kadang-kadang den goma lak kacau dio ni. Dio pun kacau den yo kojo eh.. Takdo kojo lain gak eh. Den ngan dio pun samo yo. Kalau jumpo, tak godik memang tak sah. Duo-duo samo yo godik. Ala godik ngan membe-membe apo salah eh.. takdo masalah eh do.

Ghayo ni dio ado bagi den kad ghayo, dio buek sendighi tu poit. Ni ha kad eh.. dalam eh tak leh nengok la, malu deh kang, haha.





Sekaghang ni den ngan dio belaja pun jauh-jauh, susah plak nak jumpo. Cuti la baghu jumpo ni kang. Ha ni kang ado la cito dio nak cito ngan den tu, dah agak dah. Dio ni peghamah, potpet sket (ha jgn mara). Kono la ngan den kan, den ni pendiam yo.. Kalau ado mondo nak burak, baru den burak. Kalau ado cito, baru den cito. Den ngan dio ni, nak koba sayang tu, tak gak. Takdo la, oghang koba kalau sayang bebona kang jadi gaduh plak. Jadi den maleh la nak sayang kau S. Bukan sobab den bonci, tapi sobab den tak nak gadoh ngan kau lak. Ok la maleh den nak cito panjang-panjang pasal dio kat sini, menghabihkan bogheh yo.. hikhikhik.



p/s: ok tak loghat n9 den? Haha. bagi sape-sape yg pure n9, sori la kalau salah tulis. Sebab den pn ckp loghat tak pekat na.

p/s: kamus n9.. maghin – dulu, sekaghang – sekarang, ‘gh’ – ‘r’, deh – dia, burak – borak, koba – cakap/bagitahu.

Sunday, September 25, 2011

jangan ada benci

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, September 25, 2011 0 orang berkata-kata
Tension tul la... bila ngadap laptop je, mesti hilang idea nak tulis blog. Kalau tak ngadap tu, macam-macam dalam palotak ni nak tulis apa dalam blog. Disebabkan aku takde idea sekarang ni, so layan je la lirik lagu ni..




Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku




p/s: khas untuk sapa-sapa yg tengah bercinta tu.. sebarang kemungkinan boleh jadi kan.



 




Monday, September 19, 2011

nak promote Tahajjud Cinta

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, September 19, 2011 0 orang berkata-kata

Lelaki idaman setiap perempuan adalah lelaki yang beriman dan soleh. Lelaki yang mempunyai pengetahuan agama, walaupun tak mendalam. Tapi beware girls, sekarang ni dah ramai lelaki yang gunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Gunakan agama untuk memenuhi keinginan sendiri. Nak tahu lebih lanjut? Tontoni lah cerita Tahajjud Cinta di TV3, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam. Mula-mula aku pun tak layan cerita ni.. tapi bila difikirkan, ada pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita ni, especially kaum Hawa. Boleh kenal ciri-ciri lelaki yang tak ikhlas dalam agama ni.

Tapi ramai gak yang complain pasal cerita ni, especially part pegang tangan berlapis tu. Takpe la, kita ikut yang baik je.. yang tak elok jangan diikutkan, ok.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review