Sunday, March 17, 2013

5 sikap wanita melalui bantal

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, March 17, 2013 4 orang berkata-kata


Selalunya orang perempuan kalau tidur mesti ada bantal busuk hehe..tapi ada gak jenis yang tak kisah. Satu bantal pun cukup. Tapi kalau dah kahwin nanti, takde bantal pun takpe...kan lengan suami ada? :)
Jom tengok apa sikap wanita melalui aksi mereka berbantal. Saja suka-suka...


1. Memeluk Bantal
   -Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja.
   -Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
   -Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
   -Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
   -Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


2. Menggunakan Banyak Bantal
   -Mereka biasanya kurang kenyakinan.
   -Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
   -Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3. Tidur Dengan Satu Bantal
   -Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
  -Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.


4. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
   -Mereka mempunyai sifat kurang baik.
   -Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
   -Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
   -Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
   -Mereka tidak suka berusaha.


5. Tidur tanpa Bantal
   -Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
   -Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.




Saturday, March 2, 2013

Sebab sebenar kenapa lelaki tak suka ikut pergi shopping

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, March 02, 2013 0 orang berkata-kata
Semalam saya pergi keluar beli barang-barang nak masuk sem baru ni. Ajak mak, adik pun ikut sama. Ajak ayah, ayah cakap malas nak ikut. "Pergi la bawak keta tu pergi bertiga, ayah nak rehat jap." Tapi mak pujuk ayah gak suruh ikut hihi...ayah pun ikut la.

Sampai kat tempat nak beli barang, saya ngan adik pun start la jalan-jalan cari barang. Mak pun tengok-tengok gak. Tempat pertama, tempat baju-baju. Pilih tu pilih ni, try tu try ni. Biasa la perempuan kalau nak beli barang, mesti kena pilih-pilih dulu, aktiviti wajib. Ayah hilang ntah kemana. Tengah pilih tu pilih ni, ayah datang bawak 1 kotak kecik, masuk dalam stroller, pastu hilang. Berapa minit pastu datang balik bawak 1 baju, masuk dalam stroller.

"Tu ayah maleh nak ikot shopping tu. Abih duit yo." Mak dah gelak-gelak ngan saya.

Pastu pergi tempat barang-barang lain. Tempat makanan, toiletries, accessories. Ayah datang lagi bawak 1 barang, masuk dalam stroller. Jalan-jalan lagi, ada lagi barang dari ayah masuk dalam stroller. Kitorang dah senyum-senyum dah ni. Dah ada semua barang yang nak, pegi kat cashier. Bila dah bayar, banyak barang ayah macam banyak barang kami yang nak masuk sem baru ni hihi..



Ni la sebab sebenar kenapa lelaki tak suka pergi shopping kan kan kan? Ngaku je la yang orang lelaki kalau shopping lagi hebat dari perempuan... :)

Thursday, February 28, 2013

tanam niat yang betul sebelum memilih

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, February 28, 2013 2 orang berkata-kata


Semua pihak ada silapnya..takde yang betul 100%, takde yang benar 100%. Manusia memang selalu buat silap. Tapi nak tak nak, kita harus tetap kena memilih gak. Jadi pilih la yang terang-terang menyokong islam. Walaupun kita tak tahu niat di hatinya mungkin berbeza. Kalau berbeza, itu urusan dia dengan Allah. Jangan disokong pihak yang terang-terang permainkan islam. Kelak kita akan ditanya, kenapa kau memilih dia? Kalau difikir-fikirkan balek, sungguh banyak kekuasaan Allah yang kita dah nampak. Antaranya:-

1. Negeri yang selalu dikutuk, dihina, dikatakan takde kemajuan, mundur. Tengok sekarang lombong emas dijumpai di negeri tersebut. Allah tu Maha Berkuasa, Maha Mengetahui. Sekelip mata je ada kalau Dia nak bagi.

2. Dia dituduh dengan macam-macam kesalahan. Bila masuk mahkamah, takde satu tu pun tuduhan tu yang benar. Keputusannya, dia terlepas dari semua tuduhan tu. Allah lebih Mengetahui.

Yang penting, niat kita. Saya tak memaksa anda memilih mana-mana pihak untuk memimpin. Saya pun tak tahu mana yang benar, mana yang salah. Yang saya tahu, semua pihak ada buat silap, malah saya sendiri. Tapi fikir sejenak, kenapa anda memilih dia sebagai pemimpin? Adakah kerana percaya pihak tu boleh mempertahankan islam, atau percaya pihak tu boleh mempertahankan kemajuan negara? Think about it..:)

Sunday, February 24, 2013

perumpamaan yang simple.

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, February 24, 2013 2 orang berkata-kata
perumpamaan yang simple.

Sebenarnya saya konfius bila orang cakap beribadat tu biar ikhlas kerana Allah, jangan sebab nak kan syurga  je.. jangan sebab nak kan pahala je. Tapi, bukan ke kita beribadat, kita berbuat baik sebab nak kan pahala? Bila dapat pahala, baru dapat masuk syurga. Bila dapat masuk syurga, baru dapat jumpa Allah swt.. kan? Apa yang dimaksudkan dengan ikhlas tu?

Then saya dah dapat jawapan. Bayangkan kalau seseorang buat baik dengan awak, hanya sebab nak kan kereta or rumah yang awak dah janjikan. Awak marah tak? Buat baik dengan awak hanya sebab nakkan sesuatu yang ada pada awak, bukan sebab nak bersama-sama awak. Marah tak?

Jadi macam tu jugak la dengan kita. Kalau kita beribadat hanya kerana nakkan syurga yang dah dijanjikan, dah terpesong la niat tu. Jadi, berbuat baik la kerana nak dekatkan diri dengan Allah, nak dapatkan keredhaanNya, nak kan keampunanNya, nak berada di sisiNya.. :)


p/s: terima kasih awak =)




dugaan buat saudara baru, Adam Corrie.

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, February 24, 2013 0 orang berkata-kata

Macam ni ke layanan yang diberi kepada saudara baru kita? 





Bersabarlah wahai sahabat. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Jangan la terlalu racist.. tak bawa ke syurga pun bangsa tu. Yang ditanya nanti adalah agama, bukan bangsa. Kalau betul pun dia berniat tak baik, siapa kita nak menilai? Tapi insyaAllah, saudara baru ni memang ikhlas memeluk islam. Memeluk islam kerana Allah.




p/s: Sejak dia belum peluk islam lagi, saya memang dah suka tengok dia, muka menyenangkan hati. Alhamdulillah bertambah lagi saudara baru. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review