Tuesday, December 20, 2011

Petanda si dia adalah jodoh kita

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, December 20, 2011
Tahu tak.. saya pernah terbaca satu statement ni mengenai jodoh kita. Menurut ayat tersebut, ada 2 petanda yang si dia adalah jodoh kita.


1. Dipermudahkan.
2. Mendekatkan diri kita dengan Allah.


Saya tak tahu sejauh mana kebenaran ayat ni. Tapi kalau ikut pendapat peribadi saya, saya agak setuju dengan dua perkara ni. Pertama, dipermudahkan. Mungkin, jalan kita untuk bersatu dengan si dia dipermudahkan. Tak perlu nak tempuh lautan api, gunung ganang bagai cam ayat dalam filem.. kalau ada pun, mungkin sikit je untuk uji kesetiaan kita. Pakwe lama datang balik ke, makwe lama menagih simpati ke.. saya rasa semua tu cuma dugaan. Tapi andai kata nak kahwin dengan dia, tapi seluruh family tentang, dengan bersebab. Takkan sampai nak kahwin lari kot? Tak dapat keredaan orang tua nanti.. tak bahagia hidup.


Kedua, hubungan kita dengan si dia lebih mendekatkan diri kita dengan Allah. Bukan solat sebab dia suruh, bukan tutup aurat sebab dia suruh, bukan macam tu.. maksud saya, yela, siapa yang tak nak masuk syurga sama2 dengan pasangan kan? At least, seseorang yang buat kita lebih mengenali Allah s.w.t.. bukannya menjauhkan kita dengan-Nya. Tapi jangan memaksa! Rasulullah pun tak menggunakan kekerasan semasa berdakwah..


Ni pendapat saya je.. kalau ada yang salah, memang dari saya la tu. I'm not the perfect one =)





3 orang berkata-kata:

Anonymous said...

nk kawin sgt ke

WIND ♥ said...

macam da jumpe je.. huahuahua

sephia sophia said...

win: belum la.. muahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review