Thursday, January 19, 2012

Family Day 2011, very like it!

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, January 19, 2012
Wah best best and best..... saya baru balek dari holiday ni, Family Day kat Ismah Beach Resort, dekat dengan Pengkalan Balak. Ok sebenarnya Family Day ni sebulan yang lalu. Saya baru nak update sebab balik je dari holiday, terus final berderet .Sangat2 seronok sebab ni adalah Family Day yang pertama dalam keluarga besar kami, keluarga sebelah ayah. Yang paling seronoknya, semua sporting!

First day sampai, petang tu ada lawatan tengok tempat penternakan penyu. Malam, kami tengok slide gambar2 lama, zaman kami kecik-kecik dulu. Zaman mak-mak, ayah-ayah masa muda2 dulu, siyes kelakar gile.. 















Second day, pagi2 lagi kami dah bangun solat subuh berjemaah. Pastu kul 7 ada senam aerobik, siap bayar jurulatih tu... ha part ni memang kelakar gile, macam2 gaya ada. Bayangkan uncle2 and aunty2 yang selama ni saya tengok cam serius je.. orang berkerjaya la katakan, paham2 je la camne kan, hehe skema. Tetiba masa senam aerobik, masa sukaneka, ha kantoi sume hahaha...














Team paling awal kalah tarik tali ;)

Join budak-budak warm up jap ha..

Game ni only for married couple. Takpe, next family day saya boleh join haha.





Pagi dah layan sukaneka, petang kita layan volleyball pantai pulak..... team saya dapat no 2 hehe =) yang sebenarnya, perempuan ada 2 team je muahaha.












Then kami turut berpeluang tengok pelepasan anak-anak penyu. Orang tu bagitau kami bernasib baik datang masa ni sebab memang masa anak penyu berlepas. Ya Allah kalau korang dapat tengok anak penyu tu lari-lari cam berlumba, comel sangatt..


 Tolong la cakap anak penyu ni comel

 Lumba, lumba




Bila malam kedua menjelma, haa klimaks holiday. Ada barbeque, pertandingan karaoke (pasangan suami isteri wajib masuk), pakaian beragam kanak-kanak. Best sangat-sangat.. eh cabutan bertuah pun ada.






 MC yang berkaliber

Tengok, yang bawak anak pun ada... anak pun kena sporting la, jgn meragam plak time parents nyanyi haha

 First time tengok ayah nyanyi.. cam tak caya je. Dah nama suami isteri wajib masuk kan.

 Buat apa tu Dora?




Pagi besoknya adalah hari aktiviti bebas bagi semua.. apa lagi, mandi laut la. Mandi swimming pun jugak, menda dah ada kan. Then before sampai rumah, sempat singgah Bandaraya Melaka jap ;)






Tujuan Family Day adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga.. so semua orang kena sporting la kan, tak leh nak segan-segan (tu yang saya pun bantai je la karaoke even tau akan kalah haha). Alhamdulillah, memang semua ahli sporting. Thats why la plan ni berjaya.. Cuba kalau semua orang malu2? Semua game tak nak join, tak best la kan. So harap hubungan kekeluargaan ni akan terus kekal dan semakin utuh, insyaAllah..



0 orang berkata-kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review