Monday, August 15, 2011

kahwin?? eh bukan pasal aku..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, August 15, 2011 0 orang berkata-kata
Kisah bermula selepas makan sahur semalam.. Arakian tersebut la kisah, seorang emak bertanya pada anak lelakinya.

Mak:     Ngah, kau bila nak kahwin ni? Umur dah 30 (padahal tahun ni angah aku baru 
             nak masuk 29 tu pun tak sampai besday lagi, so umur dia baru 28) tapi 
             takde plan lagi. Sok umur dah 50 pun ada anak kecik lagi.

Angah:  Lek lu......

Mak:      Bantih pun dah ada awek (Bantih ialah abang aku yang umur 24). Nanti dia 
              nak kahwin kena simpan plak dulu sebab nak tunggu kau. Akak pun nak 
              kahwin gak tu lepas abis belajar (Eh aku plak yang kena)

Angah:  Tih, kau kahwin sekali ngan angah yo la nanti. Sonang buek sekali.

Bantih:   Ha atih memang nak ajak angah buek sekali yo nanti.... hahahaha

Mak:      Ha elok sangat la tu...  



Okay atih aku yang selalu takde awek tu pun dah ada awek sekarang, pastu nak kahwin plak tu. Semalam dah siap pergi kursus plak kan. Ingat kan kursus apa la... rupanya kursus kahwin. Sekarang tunggu angah aku plak cari calon. Dah jumpa sok, jalan la..

Ni soalan biasa untuk para lelaki yang masih bujang, tapi umur dah tahap patut kahwin. "Ekau bilo nak kahwin ni jang?"

Tapi untuk para gadis macam kami ni, soalannya berbentuk "Bilo oghang nak masuk minang kau ni dagho?"

Ok dah, diam. Bye.







Siyes buah-buahan ni nampak sedap.


Wednesday, August 10, 2011

3 sebab utama hubungan tak kekal

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, August 10, 2011 0 orang berkata-kata
Hampir semua orang kat dunia ni pernah berpasangan, or dalam bahasa indonesia.. berpacaran. Ada yang kekal sampai ke jinjang pelamin, ada pula yang putus di tengah jalan. Ada banyak sebab kenapa korang tak kekal dengan si dia... tapi 3 sebab utama, kita zassss!



1. Terdapat banyak penipuan dalam hubungan, or kata lain, tak jujur.
     
     Penipuan ni termasuk la curang ke, selingkuh ke, main kayu tiga ke... eh bukan sama ke tiga2 tu? Ok abaikan. Penipuan juga termasuk la macam............

Boy: Sedapnya lauk ni yang... u masak ke?
Girl: Ye ling.. i la yang masak. Sedap kan. Untung u dapat i tau.

*padahal tu lauk beli je..tak pun housmate yang masak, pastu ngaku sendiri masak.


Girl: U buat apa malam ni? Free tak?
Boy: I pergi masjid la sayang... nak buat tahajud sekali.

*padahal nak keluar dengan member2 lelaki. Banyak lelaki yang buat2 alim macam ni.


Ni contoh je.. Kadang2 dia memang betul2 sayangkan pasangan tu, tapi sifat kejujuran tu takde. Tak kisah la menipu untuk kebaikan ke apa. Sekali sekala boleh terima lagi, tapi kalau dah selalu sangat? Bila kejujuran tu dah takde masa belum kahwin, bila dah kahwin apatah lagi. Allah kan Maha Penyayang, jadi Dia putuskan kita dengan si dia dan temukan kita dengan seseorang yang lebih baik, insyaAllah.



2. Bila kita menyayangi seseorang melebihi kita menyayangi Allah.

    Kes macam ni banyak gak berlaku ni. Cintan habis, bila break, bunuh diri. Selalunya orang macam ni dia terleka dengan kasih sayang manusia.. Dia lupa yang si dia juga milik Allah. Masa bercinta, masa berdating tak ingat dunia. Solat lima waktu terlepas sebab leka tengok wayang, leka makan sambil flirt2, leka karaoke bagai. Tetiba pasangan kena pergi tempat yang jauh, habis la dia menangis siang malam sebab fikir susah nak jumpa lagi. Risau gile bila pasangan jauh di mata. tapi diri sendiri yang jauh dari Allah, tak risau?? Bila dah jadi macam ni, boleh jadi Allah pun tak meredhai hubungan tu.



3. Kerana dah ditakdirkan Allah yang si dia bukan jodoh kita.
    Yang ni dah tak boleh nak buat apa lagi la. Cuma boleh berdoa supaya Allah kuatkan iman kita, beri kesabaran dan ketabahan untuk terima perpisahan tersebut...



p/s: tak reti nak explain panjang2..

   

Sunday, August 7, 2011

cerita saja2

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, August 07, 2011 0 orang berkata-kata
Semalam teman mak pergi beli barang. Sebenarnya aku tak nak keluar pun sebab badan tak berapa nak sihat kan. Tapi dah mak ajak gak, pergi je la... Mula2 pergi seremban dengan 2 orang lagi adik perempuan aku. Then before balik rumah tu, singgah la kejap kat Econsave. Aku tak masuk sebab Econsave kena tinggalkan barang kat luar, tak boleh bawak masuk dalam. Aku malas nak beratur, so aku tunggu kat luar je. Mak ngan adik2 je masuk dalam cari barang.

Aku tengok ada kerusi kat depan pintu Econsave tu, so aku duduk je la situ sambil melayan selsema aku yang dah teruk giler ni. Tetiba ada sorang brader datang, chinese looked, then dia tegur aku,

"Dik, kau kalau selsema, duduk situ lagi teruk selsema kau nanti, banyak hama kat situ".
"Ye ke?".
"Abang tengok hidung kau dah merah dah tu".

Dengan rasa tak bersalah aku terus tukar kerusi depan plak. Tengok brader tu pun duduk situ. Oh patut la, tu boost dia rupanya =) Kira aku tumpang tempat dia la, boost TM. Brader tu plak peramah, dia boleh plak borak2 ngan aku.. dia cerita pasal study and kerja dia. Aku rasa brader tu umur dalam 29-30 tahun kot, cam nampak muda lagi la. Tapi tahu tak, dia dah ada PhD dah pun. Ok fine.

Tapi kalau ikutkan, cam tak percaya je muda2 dah ada PhD kan.. ow patut la, dia study kat Singapore rupanya. Study oversea memang cepat kan habis? Slang@loghat dia tu cam orang Singapore. Aku pun tanya la, "Abang asal Singapore ke?". "Tak la, Johor Bahru". Yes, orang JB memang ada tercampur slang Singapore sket..

Dah lama borak2 tu, dia bagi aku no fon and nama FB sekali, Azrin. Ok aku ingat dia orang Cina, rupanya Melayu tulen. "Kalau nak part time job, contact la abang. Kau jangan buang plak kertas ni". Hahaha, memang aku tergelak besar kan dengar dia cakap macam tu. Cam tahu2 je..... Masa borak2 tu, dia ada bagi satu nasihat, "Kalau nak berjaya, the first rule is, don't be afraid to fall down. When you fall down, you get up then you get it."

Ok aku tak setabah brader ni....




Saturday, August 6, 2011

kamu yang saya sayangi

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, August 06, 2011 0 orang berkata-kata
 
Oh hidung yang saya sayangi
Bila kamu nak berhenti selsema?
Oh tekak yang saya sayangi
Bila kamu nak sembuh supaya ada selera makan?
Oh suhu badan yang saya sayangi
Bila kamu nak menurun dan kebah?
Oh kepala yang saya sayangi
Bila kamu nak berhenti berdenyut?
Oh tubuh badan yang saya sayangi
Harap kamu dapat menjalankan tugas seperti biasa
Dan sihat walafiat selalu.


Wednesday, August 3, 2011

janggutnya ciput aja...

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, August 03, 2011 0 orang berkata-kata






Lately ni selalu je aku terjumpa @ terserempak dengan mat-mat berjanggut ciput ni.. Aku pun tak paham kenapa. Tahu la aku suka tengok orang berjanggut ciput ni, tapi agak2 la kan mata aku ni, hehehe.. dah banyak kali plak sejak 2-3 minggu ni. Aku suka tengok orang lelaki yang berjanggut ciput ni sebab diorang nampak lagi matang. Tambah2 lagi kalau masa tu dia pakai baju melayu plak, waduh... tapi janggut tu mesti ciput je, bukan macam di bawah ni.





Ni dah macam kategori jambang je aku rasa... no no no bukan ni yang aku suka. Tapi aku suka tengok je.. tak semestinya aku suka dengan tuan badan nye...kalau nampak lelaki berjanggut ciput, mesti 2 kali la aku tertoleh dia, hihi. Dengan syarat, dia tak nampak aku. Takkan nak bertentang mata kot, dosa =)

Mmm.. lelaki yang muncul dalam mimpi aku pun berjanggut ciput gak. Tapi aku tak nampak muka dia. Takpe la, mimpi kan mainan tidur je.. abaikan. Tapi sangat sweet sebab dia lamar aku guna cincin yang diletakkan dalam sampul surat coklat.. Kalau orang lain guna bekas baldu merah, tapi dia guna sampul surat je. Sempoi habis hahaha.. Cop2, tu mimpi je tau tau.. jangan percaya. Ok dah, bye =)



 Comel kan tuan guru gelak? hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review