Wednesday, September 7, 2011

Budaya Mengikat Kaki yang sakit

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, September 07, 2011 0 orang berkata-kata
Tetiba aku rasa terpanggil nak bagitau korang pasal budaya 'foot binding'. Pernah dengar? Mesti la pernah kan.... aku yang cetek ilmu pengetahuan ni pun (akibat malas membaca) pernah tahu pasal budaya ni. Budaya ni adalah budaya kaum Cina masa zaman dulu-dulu. Masa anak perempuan tu kecik lagi, diorang akan balut kaki budak perempuan tu, pastu tak bukak-bukak sampai dia besar. Ok tak tipu... tipu. Ada la bukak jap, maybe untuk bersih-bersihkan, nak potong kuku kaki lagi. Masa nak balut tu, empat jari kaki dilipat ke bawah, ibu jari kaki tu didekatkan dengan tumit. So bila dah besar, badan je yang besar. Tapi saiz kaki akan kecik je la ikut saiz masa dia balut kecik-kecik dulu. Apa yang aku dengar, semakin kecik kaki anak gadis, semakin dipandang tinggi oleh orang lain. Cuba usha gambar-gambar di bawah ni..

















Semua pic ni, credit to encik Google. Aku cuma pinjam jap je. Pada aku, cam seram je budaya ni. Tapi sekarang dah tak ada rasanya budaya ni.. Ni orang dulu-dulu punya budaya. Sebabnya, kesian kat kaum perempuan la kan, sakit kot ! Ada sapa-sapa nak rasa ke?





p/s: Entry raya next time ye.... bos, pergi buat kerja.



Monday, September 5, 2011

CINTA? apa menda tu?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, September 05, 2011 2 orang berkata-kata
Sebelum kita mula entry ni, aku nak suruh korang muhasabah diri sket la.. Masing-masing dah ada pasangan kan? Or maybe someone yang korang suka senyap-senyap ke, secret admire la katakan. Cuba korang renung-renungkan, bagi sebab kenapa korang suka si dia, or sayang si dia. Mungkin sebab dia cantik/hensem? Dia kaya? Caring and loving? Or maybe sebab nafsu? Setahu aku, orang lelaki suka perempuan sebab nafsu je selalunya (perempuan kan indah =)). Then selalunya perempuan suka lelaki sebab that guy is a caring and loving person, am i right? Jarang la perempuan suka lelaki sebab nafsu.. Bila tengok badan lelaki je, terliur. Takkan? Tapi kalau lelaki, yes, thats him!

Dulu aku suka kat dia (ex aku) sebab dia caring, penyayang la konon walaupun cepat marah. Tapi kalau dah suka, yang negatif tu dah tak nampak dah kan. Cinta? entah la....

Ramai orang cakap, CINTA tu adalah sesuatu yang susah nak cakap. Maybe satu perasaan yang ikhlas.. kita sayangkan dia dengan ikhlas. Tapi kalau sayang sebab dia cantik/hensem, ikhlas ke? Kalau sebab dia kaya, ikhlas ke? Kalau sebab caring and loving, ikhlas ke? Kalau sebab nafsu, ikhlas ke? Nanti bila dah tua, hilang la sayang tu.. Bila dah bankrup, hilang la sayang tu.. Bila dia mula marah-marah, hilang la sayang tu.. Bila dah lama bersama, hilang la sayang tu.. So mana pergi CINTA yang ikhlas tu?

Orang cakap lagi, CINTA yang ikhlas ialah bila kita tak dapat jawab soalan "Kenapa kau suka dia?". Means, kita tak tahu kenapa kita suka dia, kenapa kita pilih dia.. tu orang cakap la, bukan aku cakap. Tapi betul ke? Entah la....

Finally, aku pun tak tahu ape aku nak cakap. Tapi aku nak cakap, aku cam setuju je kalau sayang dia (future husband yg unknown) sebab dia caring and loving, hikhikhik.. Tapi yang lebih penting, cinta kepada Allah tu la yang paling utama. Mari kita hayati lirik lagu ni sama-sama..


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu





p/s: Rasa nak marah kat diri sendiri sbb buat kesilapan yang sama dua kali.





Friday, August 26, 2011

majlis buka puasa SKP

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, August 26, 2011 0 orang berkata-kata
Oh hai..

Lagi beberapa hari je lagi bulan Ramadhan nak sampai ke penghujungnya dalam tahun ni. Rasa cam tak best la plak bila bulan puasa dah nak habis (ini betul-betul, bukan tipu-tipu). Nanti iblis syaitan sume dah terlepas lagi. Dan hari ni adalah hari last aku kerja kat makmal uitm ni.. Sedih la plak, touching. Tapi yang lebih touching nye, semua pembantu makmal, merangkap bos kitorang budak-budak SKP ni siap buat majlis buka puasa untuk kami tu.. diorang share duit. Touching tak, touching tak? Terasa dihargai tu....



 Ehh??



Sayangnye muka kameraman tak nampak



 Yang nak melantak tu bos aku la tu



 Kameraman fokus kat sapa ni? haha



 Abaikan muka terkejut aku



 Model



 Bukan pinggan aku







Ha dapat beza tak mana bos mana budak SKP? Bos pun dah macam kitorang je aku tengok. Tapi kitorang lagi nampak muda, haha.



p/s: Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin ye..





Thursday, August 25, 2011

mari berjiwang 6

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, August 25, 2011 0 orang berkata-kata









Jangan ada tidak percaya
Jangan bilang kebencianmu
Hati ini selalu harapkan
Kau dan aku bisa bahagia

Air mata disisi ini
Saat kamu jauh disana
Jangan ada selingkuh dusta
Kau dan aku harus setia

Engkau dan aku tidak mahu
Orang ketiga menghancurkan
Karena cinta telah lama disatukan

Kita disini hanya ada
Satu impian paling indah
Karena cinta dan asmara
Kan bertahan

Aku tak bisa menduga hatimu
Andainya bisa ku peluk bayangmu
Diantara kita tidak akan dapat mengganggu

Kita disini hanya ada
Satu impian paling indah
Karena cinta dan asmara
Kan bertahan

Engkau dan aku (engkau dan aku)
Tidak mahu (tidak mahu)
Orang ketiga menghancurkan (menghancurkan)
Karena cinta telah lama disatukan

Disatukan......


Tuesday, August 23, 2011

Ini mungkin ciri-ciri orang yang benar menyayangimu

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, August 23, 2011 0 orang berkata-kata

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.





p/s: aku paling suka nombor 20 tu, haha! 

"maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!"

Apa-apa pun, aku rasa orang perempuan patut pilih lelaki yang sayangkan dia, bukan lelaki yang dia sayang. Untuk seketika, aku touching sebab aku tak pernah dapat rasa yang no 4, 5,10. =(




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review