Thursday, February 28, 2013

tanam niat yang betul sebelum memilih

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, February 28, 2013


Semua pihak ada silapnya..takde yang betul 100%, takde yang benar 100%. Manusia memang selalu buat silap. Tapi nak tak nak, kita harus tetap kena memilih gak. Jadi pilih la yang terang-terang menyokong islam. Walaupun kita tak tahu niat di hatinya mungkin berbeza. Kalau berbeza, itu urusan dia dengan Allah. Jangan disokong pihak yang terang-terang permainkan islam. Kelak kita akan ditanya, kenapa kau memilih dia? Kalau difikir-fikirkan balek, sungguh banyak kekuasaan Allah yang kita dah nampak. Antaranya:-

1. Negeri yang selalu dikutuk, dihina, dikatakan takde kemajuan, mundur. Tengok sekarang lombong emas dijumpai di negeri tersebut. Allah tu Maha Berkuasa, Maha Mengetahui. Sekelip mata je ada kalau Dia nak bagi.

2. Dia dituduh dengan macam-macam kesalahan. Bila masuk mahkamah, takde satu tu pun tuduhan tu yang benar. Keputusannya, dia terlepas dari semua tuduhan tu. Allah lebih Mengetahui.

Yang penting, niat kita. Saya tak memaksa anda memilih mana-mana pihak untuk memimpin. Saya pun tak tahu mana yang benar, mana yang salah. Yang saya tahu, semua pihak ada buat silap, malah saya sendiri. Tapi fikir sejenak, kenapa anda memilih dia sebagai pemimpin? Adakah kerana percaya pihak tu boleh mempertahankan islam, atau percaya pihak tu boleh mempertahankan kemajuan negara? Think about it..:)

2 orang berkata-kata:

skulluv said...

jangan pilih seseorang kerana orang kata dia bagus.

kita sendiri boleh tengok dia tu bagus ke tak. hehe.

sephia sophia said...

betul tu skulluv..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review