Saturday, October 1, 2011

ibu bapa patut jadi kawan anak-anak

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, October 01, 2011
Note: Sila baca dengan serius.




Semalam aku tengok cerita 'Aku Tak Bodoh'. Ok cerita tu dah lama, tapi aku baru tengok semalam. Mengisahkan kehidupan anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sangat sibuk dengan kerja, tak dapat kasih sayang yang sempurna. Sedih gak la cerita tu, menangis touching aku tengok. Daripada cerita tu, aku dapat satu pengajaran, ibu bapa patut jadi kawan kepada anak-anak (daripada anak-anak berkawan dengan orang tak senonoh kan?)

Minda budak-budak (or remaja) sekarang, tak sama dengan minda budak-budak dulu. Budak-budak sekarang lebih kreatif dan inovatif. So kita kena gunakan apa yang diorang ada tu ke arah kebaikan. Contoh dalam cerita tu, Roy ni pandai ber'blogging'. At the same time, dia terer gak la bab-bab komputer ni. Tapi parents dia tak pernah hargai apa yang dia minat, apa yang dia pandai. Bila dia betulkan laptop ayah dia, kena tuduh rosakkan laptop plak. See?? Ayah dia tak menghargai apa yang dia buat. Kawan dia, Din pun sama. Minat lawan-lawan (tak tau nama,boxing kot?), tapi ayah dia tak pernah support kalau dia nak berlatih dengan cara yang betul. Last-last, berlatih dengan cara gaduh ngan samseng.

Bila mereka berkawan dengan budak-budak luar yang agak liar, diorang support apa yang mereka buat. Dari situ la mereka mula meminggirkan family dan anggap kawan-kawan lah family mereka. Sebab kawan-kawan memahami minat mereka.

So pada aku, walaupun aku tak kahwin lagi, tapi sebagai remaja masa kini, parents memang patut jadi kawan anak-anak. Parents patut cuba memahami apa yang menjadi minat anak-anak, then try support apa yang mereka nak buat. As long as tak memudaratkan and tak membawa keburukkan la. Tapi bukan support membabi buta je. Support dengan cara mengawal pergerakkan anak-anak supaya tak buat sesuatu yang tak senonoh. Parents yang makan asam garam kehidupan dulu, so tak dinafikan parents yang tahu buruk baik sesuatu. Jadi gunakan pengalaman tu untuk jadi kawan kepada anak-anak, guide mereka. Tapi jangan paksa mereka untuk buat sesuatu yang mereka tak suka, nanti berlaku pemberontakan. Sekian terima kasih.


p/s: Nasib baik la mak aku ok, boleh la nak kautim-kautim.




aku suka dia ni, aeril zafril, hik3








2 orang berkata-kata:

su suraya said...

amboi,,, macam penceramah bebas dah

sephia sophia said...

bakal... hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review