Pagi tu, semua pegi sembahyang raya.. pastu tengok orang sembelih lembu. Tahun ni kat tempat saya ada 8 ekor lembu tumbang, banyak tu. Disebabkan hari tu hari Jumaat, so pagi korban 3 lembu, pas sembahyang Jumaat korban lagi 5 lembu.
semua ni abang saya.. yang baju hitam pakai topi tu jiran sebelah rumah
rajin ye...ok takpe
kasi timbang betul-betul itu daging
Suka la tu ayah saya, kelima-lima hero dia tolong lapah daging tahun ni. Cucu-cucu dia pun turun sekali la datang tolong, tolong tengok. Petang tu pas penat potong-potong daging, semua balek terus tido. Ayah je tak balek lagi sebab kena bahagi-bahagi daging. Tido semua sepesen, tido tertiarap tak pakai baju macam ni..
Dah petang tu semua hero dah tido, tinggal la kami yang perempuan-perempuan ni. Mak, kakak-kakak ipar, saya, adik-adik. Layan movie je la sambil borak-borak hal perempuan.. pastu buat air teh untuk minum petang. Bangun je semua terus nak makan, lapar la tu. Disebabkan siang kami tak sempat nak pegi rumah uwan, so malam tu kami pegi melawat uwan jap. Raya korban tahun ni saya rasa meriah pulak sebab semua adik-beradik ada masa melapah daging. Tu yang seronoknya kalau adik-beradik ramai ni ;)
2 orang berkata-kata:
selamat hari hari..hahah wey abang2 kau dah nampak boleh bukak niaga kek pasar tu ha..hahhaa
kalo la betul2 diorang bukak kedai, bahagio den haha..
Post a Comment