Sunday, September 11, 2011

salam syawal 2011 =)

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, September 11, 2011 0 orang berkata-kata
Kini tiba masanya
Berhari raya
Muslimin dan muslimat
Sembahyang bersama..


Tahun ni keluarga aku beraya kat Singapore, kampung sebelah mak punya. Tapi kitorang raya kat Negeri Sembilan dulu. Malam raya first nak masuk second tu baru gerak balik Singapore. Biar la, orang laki yang drive.. kami yang perempuan-perempuan ni dah penat masak, kemas, basuh pinggan sume.. yela, malam before balik Singapore tu, ada tetamu kat rumah. Baru la meriah sket kn.. baru la terasa raya, baru la terasa nak balik kampung jauh-jauh..

Macam biasa, aku malas nak cerita panjang lebar. Kita zassss !




malam raya


 daughters and father


 wif our mom


 sempat aku menyebok





 brothers (ade lg 2 org takde dlm pic)


 salam2


 love them =)


 poyo


 =)





senget kan kepala sket


 daughters and mother


 with cousins


peace !


 alolo...


comel







Ni pic masa dah sampai Singapore lak..




 on the way nak balik Singapore


 my aunts


 percubaan nak buat peace





 boys and men


break, karaoke jap








di balik cermin





 cite bola la ni, takde cite lain








 manjanya ngan atuk..





girls and women





 mcm muka aku tak yg baju putih bunga merah tu? hehe


raya2 pun main ps














Banyak lagi pic raya ni, bukan aku yang pegang kamera, banyak la.. Kalau aku yang pegang kamera, alamat takde la gambar-gambar ni sume haha. Tapi takkan nak masuk sume kan.. ni pun dah cam nak muntah je tengok gambar aku je kan. 





Saturday, September 10, 2011

Wahai kaum lelaki, dengar ni.....

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, September 10, 2011 0 orang berkata-kata
Dalam khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w, baginda ada mengatakan bahawa 

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina".

Lihat betapa baginda menghargai seorang perempuan. Cuba contohi akhlak baginda, penyayang, lemah-lembut. Ni tak, pasal kahwin empat je baru nak ikut baginda. Kita kena ingat, Rasulullah berkahwin ramai bukan untuk nafsu semata-mata. Lelaki zaman sekarang ni je yang ikutkan nafsu.

Besar tau pengorbanan seorang isteri ni. Dia la yang melahirkan anak (bertarung nyawa), menjaga rumah, menjaga maruah suami dan keluarga, menguruskan rumah tangga. Setiap hari, si isteri setia menunggu suaminya pulang dari kerja. Masak untuk suami, gosokkan baju suami, buat la apa-apa yang menyenangkan suami supaya si suami tak terasa hidup bujang lagi. Tapi bayangkan kalau satu hari tetiba kantoi si suami ada hubungan (skandal) dengan perempuan lain. Tau tak sakit? Memang la aku belum kahwin, so aku tak dapat rasa apa yang mereka rasa. Tapi aku dapat bayangkan apa yang mereka rasa. Hai lelaki, saya tahu awak ada 4 kuota, tapi sekurang-kurangnya tolong la jaga hati isteri, perempuan yang dah bersedia untuk hidup bersama awak, menjaga makan minum awak. Please?

Ada tu sampai dah nikah senyap-senyap, dah ada anak dengan isteri kedua, tapi isteri pertama tak tahu pape. Memang la tu dah mengelakkan zina, tapi tahu tak yang awak tu dah menipu? Dan menipu tu tak dosa eh? Huh.




p/s: kadang-kadang tu rasa takut nk kahwin sebab hal-hal macam ni la.

How could them?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, September 10, 2011 2 orang berkata-kata
Tadi tengok drama kat TV. Kisah anak yang dah lama tak balik kampung, even masa hari raya pun. Dah la ayah dia tinggal sorang-sorang, isteri dah meninggal. Camane eh orang boleh sampai hati tak balik rumah tengok mak ayah? Kira dah bertahun la anak-anak dia tak balik jenguk dia kat kampung. Yang sebenarnya, ada ke orang macam ni kat dunia sebenar? Dalam cerita tak leh nak percaya sangat la, lakonan kan. Kalau betul la wujud orang macam ni kat dunia, memang takde perasaan la orang tu. How could them?


Thursday, September 8, 2011

shuh2 sama itu sifat dendam

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, September 08, 2011 2 orang berkata-kata
"Kenapa nak kena berdendam? Biar je la apa orang nak buat kita, tapi kita jangan buat orang. Kalau dah berdendam, sama je la kita dengan dia. Dia salah, Allah yang akan balas. Kita sendiri pun ada salah, tak perlu nak menilai orang sangat."




Perghh... mesti ramai yang terasa bila aku buat statement macam ni. Pastu, marah aku. Rileks beb, rileks... aku tak cakap sape-sape pun. Bukan aku tahu apa ada dalam hati korang, simpan dendam ke tak. Aku cakap ni umum ye, diulangi UMUM. Tapi standard la kalau ada yang terasa, manusia kan. Aku sendiri pun kadang-kadang terasa gak dengan apa yang aku tulis. Hehe saje je tulis macam ni sebab banyak sangat dah jadi kat keadaan sekeliling. Kalau kau tengok cerita indon, pergh, lagi sakit hati. Tak habis-habis dendam. Memang baik tak payah tengok la wa cakap lu.. di hari raya yang mulia ni, tak baik marah-marah. So cool beb..cool...





lagu yang comel

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, September 08, 2011 0 orang berkata-kata





Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama

Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita
Kau kucup pipiku
kau bisikkan cintamu
Kau kata baby i love u
Kau cairkan hatiku

Bahagia ku rasa
Di saat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru aku lah pelangi cintamu



Aku suka gile lagu ni sebab aku rasa lagu ni suuuuuuuwiiit sangat !! Comel kot lagu ni. Lepas ni tunggu la kemunculan aku kat youtube, buat cover lagu ni haha.. Tunggu la sampai kucing bertanduk.

Kalau nak dengar lagu ni, sila klik di sini. Aku malas nak upload, broadband je kan. Ok dah, bye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review