Monday, September 17, 2012

rahsia di sebalik suatu kesedihan

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, September 17, 2012
Sebelum ni saya agak serabut and agak terasa sedikit kecewa disebabkan sesuatu ni.. tapi sekarang dah semakin okay, semakin happy. Wah sekarang ni saya dah makin pandai kontrol perasaan la, satu penghijrahan! Lagi-lagi lepas jumpa quote ni;




Bila ada masalah, Allah swt adalah tempat yang paling tepat untuk mengadu. Bukan mengeluh, cuma sekadar mengadu pada pencipta kita.... dan redha dengan ketentuanNya. Selalu dengar orang cakap, kalau kita tak dapat apa yang kita nak, maknanya Allah swt nak bagi yang lebih baik dari apa yang kita nak. Tapi saya selalu fikirkan satu lagi perkara positif supaya kita tak terlalu kecewa dengan apa yang tak dapat tu.

Kalau kita tak dapat apa yang kita nak, maknanya Allah swt nak tunjukkan apa yang kita tengah  lakukan tu adalah salah. Contohnya, student yang belajar pagi petang siang malam tapi still tak dapat 4flat. Kenapa? Mungkin sebab dia lupa berdoa minta pada Allah. Kalau Allah swt terus  menerus je bagi 4flat kat dia, mesti dia pikir dia dapat result cemerlang tu sebab hasil usaha dia belajar, tanpa berdoa. Jadi Allah swt nak ingatkan dia usaha tanpa doa adalah salah.

Orang yang bekerja pagi petang siang malam tapi still tak cukup duit nak beli banglo. Kenapa? Mungkin sebab pekerjaan yang dia lakukan tu tak halal. Kalau Allah swt terus je bagi banglo sebijik, mesti dia rasa bangga dengan pekerjaan tak halal yang dia buat tu. Jadi Allah swt nak ingatkan dia kerja yang dilakukan tu salah. 

Orang bercinta yang bagai nak rak, tapi putus tengah jalan. Kenapa? Mungkin sebab asal keluar je nak berkepit. Jadi Allah swt nak selamatkan maruah kedua-duanya, Dia putuskan hubungan tersebut. 

Ni contoh yang saya ambil bukan dari mana-mana..CONTOH je. Kesimpulannya, kalau kita ditimpa sesuatu musibah atau kesedihan, fikirkan di mana silapnya kita. Dengan cara ni, kita akan ada rasa nak perbaiki diri sendiri..nak betulkan kesilapan tu. Allah swt sayang akan hambaNya.. Dia takkan menganiaya hambaNya. Di sebalik kesedihan yang Dia bagi, ada sesuatu yang Dia nak perbetulkan kita sebelum Dia bagi kegembiraan pada kita. Waallahualam..






16 orang berkata-kata:

su suraya said...

wohaaaa! sangat betul. atau pun suka orang macam nak rak tapi tak dapat apa2 pun akhirnya.. mungkin sebab dia bukan yang sesuai untuk kita sebab Allah ada better planning untuk kita pada masa depan..heee:)

sephia sophia said...

just think from the other side beb =)

sori seh, aku balek mgu ni bz ngn kenduri..abg aku tunang, sepupu aku kawen. sibuk buat hantaran.

Taufik said...

mula2 malas nak komen tapi aku komenkan jugak lah memandangkan aku rasa nak komen

ok macam ni
bab cintan2 ni simple saja

kalau kita tak ada jodoh dgn seseorang bukan bermakna kita tak layak utk dia
tapi ada org lain yang lebih perlukan kita

dan bukan jugak bermakna dia tak layak utk kita, tapi ada lg orang yg lebih memerlukan didikan dan bimbingan dari dia

jgn sibuk cari tulang rusuk kiri kalau syurga dibawah tapak kaki pon tak mampu nak jaga (utk laki la)

cinta ni silap bila kita agungkan cinta makhluk berbanding cinta Allah
bila kita cinta Allah melebihi cinta makhluk kita takkan kisah bab jodoh
sebab kita automatically pecaya Allah dah tetapkan rancangannya

teruskan baiki diri daripada terus mencari
janji Allah itu pasti

wah wah wah byknya aku komen
harap2 ada org sudi baca :P

sephia sophia said...

ha ambik, menjela en taufik komen.

kitorg ni mmg xyah mencari sgt, kitorg tggu org masuk minang je hehe...

err, tp entry ni more kpd permasalahan general, bkn more kpd cintan cintun saje..en taufik pn dh terjebak ngn jiwang2 plak ni haha.

Taufik said...

oo.. sy amik contoh yg last tu

ni bkn soal jiwang sgt
ni soal jodoh *cover line
tapi betul apa jodoh takkan datang bergolek

kamu kena usaha
usaha baiki diri supaya menjadi lebih baik

pompuan nanti kalau berasa nak menikah senang saja
bersiap diri itu ini
bgtau mak ayah sedara mara dah ready
tlg depa usha line

sebenarnya pompuan p meminang laki adalah amalan mulia
contohi nabi dan saidatina khadijah dulu
tapi meminang cara pompuan mungkin tak sama dgn laki kot

sephia sophia said...
This comment has been removed by the author.
sephia sophia said...

hihi =)

betul, tp takut slh minang laki pulak haha.. takpe la, yg penting banyakkan doa supaya ditemukan jodoh yg sesuai.

usaha tu mmg usaha, cuba gak mencari..berusaha perbaiki diri. tp lebih banyak berserah.

Unknown said...

semua diatas ketentuan Allah.. kita usaha sedaya upaya dan cari keredhaannya..

dah follow sini..:)

Taufik said...

cik sephia takpa ramai peminat ni kekeke

sephia sophia said...

hehe peminat la sangat...peminat apenye. saya kenal orang pun tak, orang kenal saya pun tak.. hehe

TiranaAduka said...

saya nak kenal sphia boleh?

TiranaAduka said...

i like

TiranaAduka said...

i like.

TiranaAduka said...

tuan blog marah ke? Komen pedas2..relexs la..dari hati tu keluar

sephia sophia said...

haha xla encik tirana aduka...yg remove komen tu sbb slh taip hehe..

TiranaAduka said...

ooO begitu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review